Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Wafa & Enita

Alhamdulillah saya dah jumpa jodoh di TillJannah pada 25 Julai 2021 dan selamat bernikah pada 25 Mac 2022 di Villa Glass House Jalan Damai KL.

Dan majlis resepsi di buat di sebelah lelaki di Kuala Terengganu pada 1 April 2022 malam di PAYA BUNGA HOTEL KUALA TERENGGANU.

Di kesempatan ini, saya nasihatkan kepada semua yang sedang mencari jodoh terutamanya yang berada di dalam portal Till Jannah, sebelum memulakan perkenalan dengan mana-mana pasangan yang kita suka, perlu membuat solat istikarah dan solat sunat hajat serta memohon pada Allah supaya urusan mencari jodoh tuan/puan dipermudahkan dan baru laa memulakan perkenalan..

Berdasarkan pengalaman saya install Till Jannah pada 25/7/2021 pada hari pertama itu juga saya terus jatuh hati pada pasangan saya di bahagian Calon Cadangan..terus saya text Assalamualaikum sehingga hari ketiga baru dibalas.

Alhamdulillah selepas isteri saya membalasnya pada hari ketiga terus berkenalan dan hubungan kami dipermudahkan sehingga hari pernikahan.

Saya juga nasihatkan supaya semua yang sedang mencari jodoh terutamanya di TillJannah betulkan niat dan berdoa, insya allah pasti dipermudahkan.

Saya juga ingin nasihat jika telah jumpa pasangan yg disukai banyakkan istikarah dan berdoa dalam masa yang sama cuba mengenali antara satu sama lain..dalam tempoh perkenalan seharusnya kita jangan sesekali meletakkan harapan yang tinggi terutama pada sikap dan tingkah laku pasangan kerana kita perlu tahu semua manusia tiada yang sempurna dan niat untuk berkahwin seharusnya kerana Allah dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Saya doakan semoga semua yang sedang mencari Jodoh di portal TillJannah dipermudahkan segala urusan tuan/puan.

Akhir kata saya dan isteri ucapkan ribuan terima kasih pada pihak Portal TillJannah kerana menyediakan platform yang sangat bermanfaat pada yang sedang mencari jodoh..kerana sejak dari dulu saya kurang percaya pada mana-mana portal mencari jodoh yang ada di Malaysia. Alhamdulillah selepas saya berdoa Allah permudahkan saya untuk mengisi di laman portal Tilljannah.

Terima Kasih sekali lagi saya ucapkan..
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh