Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Aminurasyid & Salbiah

Assalamu'alaikum..saya Noor Salbiah & pasangan Harun Aminurasyid alhamdulillah telah bertemu jodoh dalam TillJannah.my. Kami masing-masing berumur 33 tahun semasa perkenalan. Tarikh lahir kami sangat dekat iaitu saya Sal 20.04.1988 & pasangan saya Aminur 21.04.1988. Saya telah menyertai TillJannah.my pada awal tahun 2021 dengan melihat testimoni di facebook dan cuba untuk mencari pasangan melalui apps tersebut.

Ramai yang telah request untuk berkenalan dan saya hanya ambil pakej sebulan. Walaubagaimanapun sehingga tamat tempoh sebulan tersebut saya masih belum menerima mana-mana calon yang sesuai sehingga saya bercadang untuk mengaktifkan semula apps tersebut pada 15.05.2021 dengan mengambil hanya tempoh 2 minggu sahaja. Saya mendapati ada beberapa calon yag ingin berkenalan termasuklah calon pasangan saya sekarang yang telah menghantar mesej salam pada 14.05.2021 & saya terdetik untuk kenal & membalas salam pada 16.05.2021

Kami hanya berbalas mesej pada 16.05.2021 sahaja dalam chat Tilljannah & ambil keputusan untuk berkongsi no telefon & meneruskan sesi perkenalan di nombor whatsapp. Kami hanya berbalas wasap lebih kurang selama sebulan perkenalan & kami pertama kali berjumpa pada 03.07.2021. Kami berjumpa di tepi jalan sahaja berhadapan dengan bekas sekolah menengah saya dalam tempoh yang sangat singkat. Selepas pada itu kami masih berbalas mesej & bercadang untuk meneruskan perkenalan kerana merasa selesa untuk lebih mengenal antara 1 sama lain.

Kami juga menyatakan pada pihak keluarga untuk langkah seterusnya. Kami berdoa untuk dipermudahkan segala urusan. Secara ringkasnya alhamdulillah pada 16.10.2021-keluarga pihak lelaki datang merisik. 18.12.2021-kami bertunang dan tidak bercadang untuk mengikat pertunangan yang lama dan mengambil keputusan pada
21.01.2022-melangsungkn pernikahan dan
22.01.2022-meraikan majlis perkahwinan yang berlangsung di rumah pengantin perempuan dengan kedua-dua belah pihak keluarga dalam 1 majlis sahaja.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kami juga bersyukur dipertemukan jodoh di TiilJannah.my dalam tempoh yang singkat.
Pesanan kami kepada mereka yang mencari pasangan & yang masih belum sertai TiilJannah.my boleh mencuba untuk sertai & membuat pilihan dengan baik.

Sekiranya rasa serasi & selesa dengan calon pilihan boleh ke langkah serius untuk mendirikan rumahtangga bersama. Bagi mereka yang masih belum bertemu jodoh dalam apps ini, teruskan mencuba & berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang serasi. Semoga Tilljannah.my dapat membantu menemukan lebih ramai pasangan. Doakan jodoh kami berkekalan tilljannah dan diredhai Allah selalu.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh