Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Raduan & Najihah
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum, nama saya Najihah 28 Dan pasangan Saya Raduan 31, kami sama2 menetap di negeri yang sama tetapi bekerja di negeri yang berbeza.
Pada pertama kali saya terdetik untuk masuk dalam till jannah(TJ) atas dorongan keluarga pada awal tahun 2021, dari awalnya saya menolak tetapi pada suatu hari hati terdetik untuk buka portal TJ dan mula menegur pasangan saya.
Setelah seminggu kami berkenalan kami decide untuk berjumpa,pertemuan pertama pada 14/2/21 dan dari situlah saya mula jatuh hati kerana sikap dan cara layanan dia terhadap saya, orangnya sangat2 sopan dan beradab tetapi bab bertanya saya yang hyper dan banyak bercakap, dia hanya menjawab sepatah dua, mungkin malu kot masa tu.
Setelah 2minggu kenal kami mula buat keputusan untuk berbincang dengan keluarga dan hantar rombongan merisik pada 19/2/21 , alhamdulilah tidak lama kemudian pada 29/6/21 kami pon bertunang dan selamat diijabkabulkan pada 4/12/21.
Dugaan dan cabaran kami ialah dalam tempoh tunang, selama nak dekat sebulan kami tidak bertegur sapa oleh kerana salah faham sehingga saya buat keputusan untuk putus menjelang beberapa minggu untuk nikah tetapi alhmdulilah Allah masih sayang jodoh kami dan kami disatukan kembali.
Kepada anda semua yang belum menemui jodoh boleh sertai TJ, rezeki tak datang bergolek tanpa usaha sama seperti jodoh, jodoh takkan datang dengan sendiri tanpa dicari, ikhtiar dan tawakal in Sha allah pasti ada jalan keluar.
Kepada admin dan kru-kru TILL JANNAH terima kasih banyak kerana sudi memberi Saya peluang untuk mencari pasangan melalui portal ini, tanpa portal ini Saya takkan jumpa dengan suami Saya yang sekarang ini, bagi saya portal ini sangat senang dan mudah untuk sesiapa sahaja yang menginginkan pasangan hidup mengikut ciri2 dan kriteria yang diinginkan.
Akhir kata, Semoga till jannah sentiasa maju jaya dalam segala urusan dan doakan jodoh kami berkekalan dan cepat2 timang cahaya mata.Terima kasih till jannah.