Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Saiful & Farhana

Assalamualaikum semua...Nama saya Farhana dan suami saya Saiful. Alhamdulillah kami telah ditemukan di portal Till Jannah ini. Syukur sangat-sangat kerana kami telah pun bergelar suami isteri yang sah. Dengan sekali lafaz sahaja saya telah menjadi isteri kepada Saiful. Saya mengenali portal Till Jannah ini melalui laman sosial Facebook dan iklan di Facebook. Saya berminat dengan portal ini kerana saya melihat ramai orang yang telah bertemu jodoh di portal Till Jannah ini. Jadi saya ingin mencuba nasib kerana saya betul-betul ikhlas ingin mencari pasangan hidup. Kerana selama ini saya telah usaha mencari jodoh dimana-mana tetapi ramai yang menolak kerana kekurangan saya. Tetapi saya tidak pernah putus asa untuk mencari jodoh di portal Till Jannah ini dan mencuba nasib untuk mencari jodoh di portal Till Jannah ini. Alhamdulillah ada yang ingin berkenalan dengan saya tetapi tidak lama. Saya masih tidak putus asa kerana saya tahu jodoh semua di tangan Tuhan.

Apabila saya mula memberi salam di portal Till Jannah itu.En suami saya telah memberi tindak balas jadi saya mula berkenalan dengan En suami. Kalau diikutkan ramai yang memberi salam kepada saya tanda perkenalan. Kerana saya fikir kalau saya memberi tindak balas kepada orang yang memberi salam perkenalan kepada saya mungkin saya akan susah membuat pilihan suatu hari nanti. Jadi saya hanya berkenalan dengan En Suami sehinggalah saya dapat mengetahui dia juga betul-betul serius untuk berkenalan dengan saya. Selepas saya mengetahui En suami betul-betul serius ingin mengenali saya. Saya mula kenal dengan lebih dekat lagi dengannya kerana En suami pun serius mencari pasangan hidup. Saya mula mengenali En suami di portal till jannah ini pada tarikh 7/1/2021 selepas itu pada bulan 3 En suami telah mula menunjukkan seriusnya kepada saya dengan mengajak saya untuk berkahwin. Saya mula berfikir dan saya bersetuju jika En suami dapat terima kekurangan saya.Alhamdulillah En suami dapat terima kekurangan saya.En suami datang berjumpa ibubapa saya pada bulan 5 untuk mengenali keluarga saya.Kali pertama En suami datang ke rumah saya, saya dapat merasakan En suami lelaki yang dapat menjaga saya dengan baik..Apabila En suami datang ke rumah saya.Keluarga saya juga pergi berjumpa dengan keluarga En suami untuk berkenalan dan untuk memastikan semuanya betul.

Syukur sangat-sangat selepas keluarga kami sama-sama berjumpa dan berkenalan dengan lebih dekat lagi. Keluarga kami telah bersetuju dan memberi restu untuk kami berkahwin.Pada bulan 7 keluarga En suami telah datang merisik dan berbincang.Apabila semua telah berbincang keluarga telah menentukan untuk kami ke arah perkahwinan tanpa pertunangan.Tarikh pernikahan kami telah ditetapkan pada bulan 12.Alhamdulillah dengan sekali lafaz pada tarikh 12/12/2021 sya telah sah menjadi isteri kepada Saiful.

Untuk Testimoni En suami ia sertai portal Till Jannah ini sebabnya ingin mencuba nasib seperti saya.Dari sebelum ini lagi pun portal Till Jannah ini senang untuk mencari jodoh berbanding dengan yang lain katanya. Kali pertama En suami mesej saya dalam fikiran En suami mula-mula En suami fikir saya takut tidak layan mesej nya.En suami takut saya tidak ingin mengenali En suami dan bagaimana En suami terdetik untuk mengenali saya ialah sebab En suami merasa saya seorang yg mudah untuk dikenali dan mudah untuk berurusan berdasarkan latar belakang sya.

Jadi pesanan saya kepada mereka diluar sana yang masih ragu-ragu untuk mencari pasangan hidup cubalah portal Till Jannah ini.Jika betul-betul serius mencari jodoh niatlah yang baik2 Inshaallah jika ada jodoh di portal till jannah ia tidak kemana.Tips saya kepada semua diluar sana jangan pernah menyerah dan jangan berputus asa sentiasalah usaha dan selalu berdoa kepada Allah taala kerana jodoh semua ditangan Allah Taala.Lambat atau cepat itu perkara biasa.Yang penting usaha jangan pernah menyerah dan cari pasangan yang betul2 dapat terima kita dengan ikhlas.

Sebelum sya akhirkan ucapan.Saya dan pasangan ingin mengucapkan bebanyak terima kasih kepada portal Till Jannah.Hanya Allah Taala yang mampu membalas kebaikan semua ini.Semoga dengan adanya portal Till Jannah ini semua yang masih tercari-cari diluar sana lebih senang untuk jumpa jodoh di portal Till Jannah ini.Teruskan usaha dan cubalah nasib anda di portal till jannah ini kerana kita tidak tahu jodoh kita berada dimana yg penting kita usaha.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh