Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Rijal & Iqa

Saya Nur Shafiqa dan Suami Mohd Rijalluddin.

Saya join Tilljannah.my sebab selalu tengok video dan testimoni serta kawan yang suruh join.
Disebabkan environment kerja saya dan saya memang tiada kawan lelaki kecuali kawan sekolah/sekelas.

Saya memang target nak kahwin pada umur 25 dan mencari sejak umur 24.
Pada mulanya memang tak percaya, yeala jodoh online kan...

Suami pulak join sebab memang nak cari Jodoh, disebabkan dia pon sibuk bekerja...
Jadi dirasakan melalui laman web cari jodoh je dia kena usaha.
Hubungan dia yang sebelum ini pon putus ditengah jalan.

En Suami yang mula-mula mesej, pada masa itu memang tengah berkenalan dengan lelaki lain.
Tapi lelaki itu tidak serius, selalu tangguh.

Dah banyak kali juga mencuba, tapi lelaki lain akan senyap lepas beberapa kali bebalas mesej.
Mungkin kerana paras rupa atau bentuk badan saya.

Saya terdetik nak kenal lebih rapat dengan suami disebabkan ciri-ciri yang ada pada dia... Ciri yang memang saya cari.
Suami pon seperti itu, dia cuba berkenalan dengan beberapa orang tetapi tidak menepati citarasa.
Dan dia cuba mencari sampai ternampak bio saya.

Kami bermesej di website... Dan Suami saya terus menyatakan hasrat unttk pergi ke peringkat seterusnya.
Dan kami pon berkenalan lebih rapat di Whatsapp.
Kami berkenalan lebih rapat, mengetahui selok belok diri masing masing...
Dan cuba memperkenalkan kepada keluarga masing-masing.
Dia terus menyatakan hasrat untk bertunang dan berkahwin.

Cabaran di sini kerana ini perkenalan online, jadi jarang ibu bapa nak percaya dan tak yakin.
Memang agak susah untuk merancang.
Disebabkan kami berlainan negeri pada masa yang sama Covid-19.

Pesanan saya kepada yang belum bertemu jodoh.
Awak-awak semua kena join Tilljannah.my
In Shaa Allah awak-awak akan bertemu jodoh di Till Jannah!

Apa-apapun perlu yakin dan percaya... Doa pada Allah.

Kepada Ahli yang masih belum bertemu jodoh...
Awak awak kena cuba berkenalan dengan ahli-ahli yang lain.. Jangan terlalu ikutkan sangat ciri-ciri yang dicari.
Kadang-kadang bila bersama itu akan menyempurnakan hidup nanti.

Lelaki dan perempuan saling melengkapi
Dan tiada manusia yang sempurna

Btw kami hanya berjumpa 3 ke 4 kali sahaja... Disebabkan Covid-19.

Dan sempat juga pertemukan suami dengan mak
Dan kami hanya mengadakan Pertunangan on9

Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya...

Walaupun kadang ada rasa tak yakin

Yakin dengan aturan Allah.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh