Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Azrien & Idayu
Assalamulaikum, saya Azrien... Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan seseorang yang sekarang ini menjadi isteri saya iaitu Noridayu..
Saya mula terdetik untuk mendaftar TillJannah.my kerana waktu tu saya betul-betul berniat ingin mencari pasangan hidup sehingga ke akhir hayat..
Detik perkenalan saya dan dia bermula selepas saya melihat profile dia di TillJannah pada 18 Julai 2020 dan saya mula menghantar mesej kepadanya..
Alhamdulillah, saya mendapat respon yang baik dari nya....
Sepanjang perkenalan, saya melihat dia sebagai seorang yang sangat memahami saya..
Saya sangat tertarik dengan cara dia sepanjang perhubungan..
Dan yang membuatkan saya lagi tertarik adalah dia sentiasa ada di waktu saya gembira, sedih dan dalam apa jua keadaan...
Dan dia juga mengaku dia sangat selesa dan senang berkawan dengan saya..
Apabila kami semakin selesa antara satu sama lain, saya mengajak dia untuk bertemu sebelum kami meneruskan hubungan ke arah yang lebih serius kerana kalau ikutkan, saya memang selesa dengan dia,
tetapi saya punya prinsip, sebelum ke arah hubungan yang lebih serius, lebih baik jumpa dulu sekurang-kurangnya satu kali, dan barulah boleh ke peringkat hubungan yang lebih serius..
Tetapi pertemuan yang dirancang itu tidak kesampaian atas sebab tertentu.
Namun, kami masih lagi berhubung melalui WhatsApp..
Semakin lama, kami semakin rapat dan kami bercadang untuk bertemu kali kedua, tapi tidak kesampaian juga kerana larangan rentas negeri akibat pandemik Covid-19...
Tetapi kami tetap masih lagi berhubung melalui WhatsApp dan tanpa kami sedar, timbul perasaan cemburu dan sayang walaupun TANPA BERSUA MUKA...
Sudah beberapa bulan kami berkenalan melalui WhatsApp, perasaan sayang itu makin lama makin kuat dan saya rasa sangat tak elok untuk meneruskan hubungan seperti ini lagi..
Saya pun terfikir untuk teruskan ke arah perkahwinan sahaja walaupun tanpa bertemu...
Saya pun terus memaklumkan tentang keinginan untuk berumahtangga ini pada keluarga saya, namun sedikit mendapat tentangan daripada keluarga kerana mereka risau kami belum lagi berjumpa, tapi tiba-tiba nak berkahwin... Mereka ingin saya berjumpa dengan dia dahulu, dan barulah fikir tindakan seterusnya...
Tapi kerajaan masih lagi tidak membenarkan rentas negeri... Hanya dengan perkahwinan sahaja kami boleh dapat kebenaran rentas negeri....
Jadi, saya dan dia tetap ingin meneruskan perkahwinan itu, saya memujuk keluarga saya sehingga mereka percaya pada saya dan benarkan perkahwinan kami ini, selebihnya, kami hanya berserah pada Allah dan kami sudah bersedia apa jua baik buruk yang ada pada pasangan...
Dipendekkan cerita, saya dan dia akhirnya telah mendaftar nikah... Setelah mendapat kebenaran nikah dan kebenaran rentas negeri, kami pun berjumpa untuk pertama kalinya pada 23 September 2021, dan bernikah pada keesokannya iaitu 24 September 2021 dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur dan bahagia bila berkahwin dengan dia... Dia dapat menerima saya seadanya, begitu juga saya...
Pesanan saya kepada yang masih belum menyertai TillJannah.my, jika betul-betul ingin mencari jodoh yang serius, cuba lah daftar TillJannah.my ini sebab platform ni sangat mementingkan pengguna yang betul-betul serius ingin mencari jodoh...
Dan yang paling penting, pasang niat yang betul. Niat kerana Allah.. Niat ingin berkahwin.. Niat yang baik-baik.. InsyaAllah, Allah akan permudahkan jalan...
Terima kasih pada TillJannah.my sebab sediakan platform ni... Saya sangat-sangat bersyukur bertemu dengan isteri saya sekarang ni... Alhamdulillah...