Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Zul & Dijah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada Admin Tilljannah dan juga pada semua. Saya ingin memperkenalkan diri saya dan pasangan saya iaitu nama saya Zul dan pasangan saya bernama Dijah.

Alhamdulillah syukur perkahwinan kami telah diijab kabulkan pada tarikh 10/12/2021 dan bersanding 11/12/2021. Kisah perkenalan kami bermulanya di dalam platform Tilljannah online ni pada bulan 4, tahun 2021 tahun ini juga. Perkenalan kami hanya mengambil masa 8 bulan. Masa itu saya nekad untuk mencuba mencari calon kerana sudah ramai kawan-kawan saya yang dah berkahwin. Saya seorang jenis pemalu yang susah nak cari pasangan secara bersemuka. Lalu saya terjumpalah iklan tentang cari jodoh online di Tilljannah ni. Di musim covid-19 ni banyak cabaran yang dilalui oleh semua orang, sampaikan nak berkahwin pun susah, apa entah lagi mencari jodoh. Alhamdulillah semenjak saya daftar Tilljannah, saya terjumpalah satu calon ni saya rasa nak sangat kenal, tapi saya ragu2 juga macam mana sikap dia apa semua, tapi itu dan kebiasaan sebab kita tak kenal dia lagi kan. Jadi saya terus start langkah saya dengan mesej dia memberi salam.

Saya yang mula2 tegur pasangan saya dekat mesej dalam Tilljannah, dia pun nampak Online. Tak sampai berapa minit dia pun sudi untuk membalas dan cuba mengenali saya. Selepas sebulan saya dan dia kenal apa semua dalam Tilljannah, saya ingin taaruf diluar dan dia pun setuju. Saya minta izin pada Admin dan nasihat, kami dapat taaruf. Kami buat satu tarikh untuk berjumpa supaya dapat tahu pasangan masing2, tapi saya nervous sebab abang dia pun ada sekali. Tapi itulah kenangan manis jumpa masing2 malu. Saya memang dah berkenan dengan dia, saya pun terus melangkah seterusnya iaitu berbincang tentang perkahwinan lagi2 di musim musim PKP ni. Musim PKP banyak sangat yang terhad, semua tempat kena appointment, itu adalah cabaran kami, tapi yang best kos kahwin boleh bajet hehe.

Masa tu saya nak datang kerumah mak ayah pasangan saya dekat Perak untuk kenal2, tapi tak boleh rentas negeri, tapi Alhamdulillah dipermudahkan mak ayah pasangan dapat datang ke sini disebabkan ingin hantar adik ke Asrama. Pasangan saya terus cerita tentang saya dekat mak ayah dia. Saya dan parent saya terus datang merisik, meminang terus di rumah abang pasangan, dekat situlah kami semua berkumpul dan di situlah firstime jumpa mak ayah pasangan masing2, semua dipermudahkan. Dan ambil masa sebulan untuk membuat persiapan dan kami telah menikah. Saya amat berterima kasih kerana memberi pertemuan kami di platform Tilljannah ni. Kalau tidak mungkin saya akan bujang.

Ya betul jodoh itu akan datang sendiri, tapi kita sendiri kena usaha mencari. Kita merancang dan Allah tentukan. Apa pun saya ingin menyeru agar mendoakan jodoh kami hingga ke Jannah. Aamiin. Nasihat saya pada semua yang masih mencari calon. Saya amat syorkan untuk guna platform ini. InsyaAllah apa yang dicari akan jumpa. Apapun semoga berjaya dan yang baru berkahwin selamat pengantin baru.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh