Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Khairul & Izza

Till Jannah

Saya mula mendaftar Till Jannah pada December 2020, dengan niat memang ingin mencari jodoh dan ingin bernikah.
Pada Jan 2021 saya dah bermula ‘chat’ calon-calon yang ada di TJ.

Bakal suami mula memberi salam pada 12 Jan 2021 akan tetapi saya masih belum membalas chat beliau. Sehari selepas tu baru saya membalas salam dari dia. Selepas chat beberapa hari, dia mula bagi no telefon kepada saya. Tapi saya ‘jual mahal’ dahulu kerana mahu melihat usaha beliau kearah saya.

Bila sudah bertukar no telefon, kami berhubung hari ke hari dengan lebih kerap. Bakal suami berkerja di Singapore manakala saya di Selangor, kami banyak berbincang hal-hal perkahwinan dan arah tuju selepas bernikah.

Pada 13/3/2021, saya ditemani kakak dan mak saudara sudah berjumpa mak suami saya untuk merisik, itu pun di Cafe di Publika disebabkan PKP pada waktu itu. Kami merancang untuk bernikah pada June 2021. Banyak kekangan yang berlaku contoh nya kami sudah merancang ingin bernikah di Pahang dan sebagainya. Tambahan pula suami yang bekerja di Singapura banyak proses yang perlu diselesaikan disebabkan sempadan masih ditutup.

Disebabkan PKP 2.0 negeri Pahang menangguhkan bernikah sehingga diberitahu kelak. Kami terpaksa bernikah di Selangor.
Memang sudah jodoh, suami saya hanya menyelesaikan borang nikah dalam masa 4 hari.
Alhamdulillah rezeki dia mudah urusan.
Manakalah saya harus selesaikan borang nikah di Selangor, memang segala urusan kami dipermudahkan Allah. Alhamdulillah.

Pada mula kami berjumpa apabila buat ujian HIV di KK, itulah kali pertama kami berjumpa depan-depan. Kali ke- 4 berjumpa terus di hari pernikahan kami iaitu 30 May 2021, itu pun terpaksa diawalkan kerana PKP 3.0 diumum pada 1 june 2021 sedang kan tarikh asal kami 6 June 2021. Agak kelam kabut tetapi perancangan Allah sebaik-baik perancangan.

Alhamdulillah kami sudah bergelar suami isteri, terima kasih TJ kerana menyediakan platform ni utk orang-orang yg serious ingin bernikah.

Terima Kasih
Izza & Khairul
18 June 2021
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh