Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Muhaimin & Najwa

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih kami ucapkan kepada Tilljannah.my kerana telah menjadi satu platform kepada permulaan kisah cinta kami ini.

Saya mengetahui tentang Portal Tilljannah.my ini selepas beberapa kali ternampak iklan mengenai portal ini di Facebook. Saya tertarik untuk mendaftar pada awal tahun 2019 dalam bulan Februari. Sebulan selepas itu dalam bulan Mac baru lah saya mengemaskini profil saya untuk memulakan misi pencarian jodoh.

Dengan izin Allah, saya telah bertemu dengan suami di portal ini selepas 2 bulan kemudian dalam misi pencarian iaitu pada Mei 2019. Niat kami berdua sama iaitu serius dalam perhubungan untuk ke jinjang pelamin dan telah memudahkan sesi perkenalan kami. Pada masa yang sama, kami berdua juga ada membuat solat istikharah untuk mendapatkan petunjuk dari yang maha Esa. Hasil daripada solat istikharah tersebut, kami sama-sama berasa tenang dan tiada halangan sepanjang tempoh perkenalan kami, ternyata segalanya dipermudahkan.

Selepas berkenalan dalam portal selama seminggu kami beralih kepada aplikasi Whatsapp untuk menyambung perkenalan dan selepas sebulan berkenalan secara maya, kami memilih untuk bertemu secara bersemuka pada November 2019. Allah permudahkan perjalanan perkenalan kami. Pada Mei 2019 suami saya bertemu dengan kedua ibu bapa saya untuk menyatakan hasrat beliau untuk menikah dengan saya. Selepas itu pada November 2019, keluarga suami datang merisik dan tentukan tarikh pertunangan serta tarikh pernikahan.

Alhamdulillah, kami mengikat tali pertunangan pada 27 Oktober 2020 dan semuanya berjalan dengan lancar setelah kami diberi ujian kecil kerana terpaksa menunda tarikh asal disebabkan pandemik COVID-19. Tetapi kami sabar, tawakal dan redha dan hanya ‘follow the flow’ sahaja. Untuk majlis pernikahan kami juga terpaksa ditunda disebabkan oleh PKP. Alhamdulillah, perancangan Allah sangat cantik, kami telah disatukan pada 29 Jamadilawal 1441H bersamaan dengan 13 Januari 2021. Sewaktu pernikahan kami, semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar, walaupum dalam keadaan pandemik COVID-19.. syukur Alhamdulillah.

Tidak pernah terlintas untuk mencari jodoh online tetapi kami sangat bersyukur kerana dengan adanya portal Tilljannah.my ini kami dapat bertemu jodoh yang selama ini menjadi misteri. Dengan adanya platform seperti ini juga dapat membuka peluang yang lebih luas serta memudahkan bagi mereka yang masih berusaha untuk mencari jodoh,inshaAllah. Terima kasih kepada team Tilljannah.my kerana menjadi platform cari jodoh online yang terbaik. Semoga terus maju.

Sekian,terima kasih.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh