Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Nazmy & Nabila

Kenapa kami sertai Till Jannah (TJ) untuk mencari pasangan hidup?

Sebenarnya kami berdua diperkenalkan dengan TJ oleh insan-insan yang telah berjaya menemui pasangan dalam portal ini juga. Nazmy diperkenalkan oleh kawan baiknya manakala Nabila oleh isteri abang saudaranya. (Terima kasih Ameer dan Kak Wa!)
Mula-mula memang setinggi gunung perasaan ragu-ragu untuk sertai, sebab macam “Eh betul ke boleh jumpa jodoh di sini? Macam tak percaya je. Memang nak kena cuba.” Jadi nak percaya atau tidak, kena usaha dulu. Usaha adalah tangga kejayaan. Siapa yang berusaha, pasti dia akan berjaya. Gitchuu.

Setiap manusia pasti memiliki kelebihan dan kekurangan. Namun Allah tidak menciptakan kekurangan itu dengan sia-sia. Pasti ada kelebihan dan tarikan dari sudut lain dan pasti mampu untuk memberi manfaat dengan caranya yang tersendiri.

Alhamdulillah syukur. Diizinkan Tuhan untuk menamatkan zaman single pada tanggal 29/5/2021 baru-baru ini dengan cinta hati yang ditemui dalam portal TJ. Kepada wanita, jangan takut untuk menegur calon yang telah mencuit hati anda. Sampaikan salam anda lalu berdoa dengan tulus agar dia membalas salam perkenalan anda jika itu yang terbaik. Jangan terkejut jika saya beritahu yang saya bagi (bismillah) Assalamualaikum kepada Nazmy dulu! From “Assalamualaikum …… Stay mana bro?” to this marriage. Selepas seminggu kami bertaaruf di portal TJ, Nazmy meminta nombor telefon saya untuk berkenalan dengan lebih lanjut. Oh ya, kami berkenalan di TJ pada November 2019. Mengikat tali pertunangan pada 5 September 2020 dan diijabkabulkan pada 29 May 2021. Terima kasih Tuhan. Terima kasih team TJ kerana mewujudkan platform ini. Doakan cinta kami kekal Till Jannah ya!

Jadi kepada anda yang masih single dan sudah ada niat untuk mendirikan rumah tangga tu, apa lagi yang anda tunggu? Jomlah sertai TJ ni! Semoga anda semua dipermudahkan segala urusan atas niat yang baik-baik itu dan ditemukan dengan pasangan yang baik-baik juga. Allahumma ameen! Daftarlah sekarang!!

Yang baru sahaja mendirikan rumah tangga,
Nazmy & Nabila
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh