Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Zul & Amani

Assalamualaikum warga TillJannah.

Saya ingin berkongsi perkenalan kami suami isteri. Perkenalan yang sangat singkat sebenarnya.

Berkenalan dengan lebih rapat semasa PKP 1.0. Kami bertukar cerita, bertukar pandangan dan berhajat untuk pergi lebih jauh dalam hubungan.
Alhamdulillah setelah direstui hubungan oleh kedua pihak keluarga kami bertunang pada PKP 2.0 (12.02.2021) secara online. Dugaan untuk kami , tidak dibenarkan merentas negeri pada ketika itu. Majlis berjalan lancar walaupun hanya secara alam maya.
Kami merancang untuk mengikat pertunangan selama 10 bulan tapi Allah itu adalah sebaik-baik perancang dan Dia ada lah yang terbaik. Kami disatukan hanya dengan 1 lafaz di Masjid AnNaim berwalikan ayah saya sendiri pada Hari Raya ke 3 (15.5.2021) semasa PKP 3.0

Alhamdulillah majlis pernikahan kami berjalan lancar walau tanpa kehadiran saudara mara, ahli keluarga terdekat dan tiada sebarang majlis dibenarkan dilakukan ketika itu kerana SOP yang sangat ketat.

Perkenalan yang sangat singkat membawa kepada kebahagian kami. Terima kasih tillJannah.


Always with love,
Amani & Zul
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh