Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Asri & Rose

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah bermula dengan desakan adik-adik, saya memberanikan diri untuk mendaftar di laman portal TJ. Kisah silam membuat hati berbelah bagi. Namun memikirkan banyak dugaan dan cabaran membesarkan sorang anak tambah dalam bidang kerjaya saya yang sentiasa berurusan dengan client. Ramai yang menasihatkan saya mencuba mencari pasangan hidup baru untuk kebaikan anak dan keselamatan diri. Jadi saya memberanikan diri untuk cuba membuka ruang dihati mengenali dan menerima seseorang dalam hidup saya.

Alhamdulillah saya mendaftar TJ saat menjaga ibu yang sedang sakit dikampung pada Mei 2020. Tapi tidak melanggan. Saya hanya melihat banyak notifikasi masuk yang memberi Salam. Selepas sebulan barulah terbuka hati untuk melanggan dan menjawab Salam.

Pada satu hari saya mendapat Salam perkenalan dari si dia.. Tapi saya hanya menjawab Salam.. Tamat di situ.. Kemudian sebulan selepas tarikh tersebut 5/8/2020 saya disapa dalam laman MEDSOS lain oleh seseorang yang saya rasa pernah terlihat.. Puas pikir, di mana ya kenal dengannya.. Kawan atau bekas client. Akhirnya saya terpikir untuk membuka kembali laman TJ.. Lepas scroll beberapa page terlihatlah wajah yang sama. Allahuakbar.. Inikah petanda. Dia jodoh ku? Jadi saya nekad terima pelawaannya untuk taaruf pertama..saya mengajaknya untuk hiking. Kerana saya suka aktiviti outdoor dan ingin kan pasangan yang sama aktif dan jalani rutin harian yang sihat..


Syukur Alhamdulillah selepas bertemu kali pertama timbul rasa selesa. Saya memang inginkan seseorang yang mempunyai anak perempuan. Syukur dia ada dua anak perempuan dan seorang menantu perempuan. Bagi saya itu bonus. Jadi bila ajak saya untuk berjumpa keluarganya saya setuju. Kami bertemu kali kedua untuk berkenalan dengan keluarganya. Dia terus mengajak untuk bertunang. Cuma sejarah kami berbeza. Dia berpisah dengan orang tersayang kerana meninggal dan saya bercerai. Jadi untuk saya, saya perlu PASTIKAN dia betul-betul boleh menerima saya dan move on dari kisah silamnya. Begitu juga saya..jadi saya mohon masa 2bulan berkawan mengenali hati budi masing-masing. Pada Dec 2020 kami bertunang dan sepatutnya nikah pada 13/2 /2021. Tapi disebabkan faktor COVID tarikh terpaksa ditunda sebulan kemudian.

Alhamdulillah pada 14/3/2021. Dengan sekali lafaz kami sah bergelar suami isteri. Terima kasih Allah kerana memberi peluang merasai nikmat kebahagiaan rumahtangga sekali lagi. Terima kasih Tilljannah kerana membuka ruang dan peluang bagi yang serius mencari pasangan jodoh untuk menghalalkan hubungan dengan saluran yang betul dalam menjaga tatatertib Islam. Semoga lebih ramai Insan-insan di luar sana yang sedang mencari jodoh bertemu pasangan yang sesuai dengan mereka berlandaskan syariat Islam. Amiinn.

Sekian sedikit perkongsian dari saya.. Kisah perkenalan 7 bulan saya dan suami tercinta. Sesungguhnya jodoh itu Rahsia Allah.. Namun kita perlu berusaha menemukannya.. Setelah ribut dan taufan melanda.. Pasti Allah hadirkan pelangi yang indah. Allah itu MAHA BAIK, PENGASIH LAGI PENYAYANG. Jangan putus doa, usaha dan Tawakkal padaNya. Wallahualam.

Kisah Cinta Asri & Rose
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh