Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Rafiuddin & Nabiha

Assalamualaikum dan terima kasih kami ucapkan kepada Tilljannah kerana telah menjadi platform kepada permulaan kisah cinta kami ini.

Kisah cinta kami ini bermula dengan perkenalan singkat iaitu pada Oktober 2020 yang mana menjadi titik mula perkenalan sehingga melahirkan bibit-bibit cinta antara kami. Kemudian pada 28 November 2020 saya telah menghantar rombongan merisik pasangan saya. Dan pada tarikh itu juga menjadi kali yang pertama buat kami bertemu muka sesama sendiri.

Pada 12 Disember 2020, kami telah melangsungkan majlis pertunangan di kediaman pasangan saya di Kuala Terengganu. Kemudian pada tanggal 28 Mac 2021 menjadi tarikh paling bermakna buat kami berdua di mana kami telah diijab qabul menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan. Semoga dengan berkat doa semua kami harap cinta dan perkahwinan kami yang bermula daripada Tilljannah ini akan kekal sampai ke Jannah, InsyaAllah.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh