Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Zulfadli & Amalina

Assalamualaikum w.b.t

Niat saya dan suami hanya ingin berkongsi tentang pengalaman kami dalam mencari jodoh secara atas talian,semoga memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Saya mengetahui tentang Portal Tilljannah.my ini selepas beberapa kali ternampak iklan mengenai portal ini di Facebook. Saya tertarik untuk mendaftar pada tahun 2018 dalam bulan April tetapi 4 bulan selepas itu baru saya berniat dalam mencari pasangan untuk ke arah perkahwinan dan barulah mengemaskini profil saya untuk memulakan misi pencarian jodoh.

Dengan izin Allah, saya bertemu dengan suami di portal ini selepas 2 bulan dalam misi pencarian iaitu pada Oktober 2018. Niat kami berdua sama dan jelas iaitu serius dalam perhubungan untuk ke jinjang pelamin dan itu memudahkan sesi perkenalan kami. Pada masa yang sama, kami berdua juga ada membuat solat istikharah untuk mendapatkan petunjuk dari yang maha Esa. Hasil daripada solat istikharah tersebut, kami sama-sama berasa tenang dan tiada halangan sepanjang tempoh perkenalan kami, ternyata segalanya dipermudahkan.

Selepas berkenalan dalam portal selama seminggu kami beralih kepada aplikasi Whatsapp untuk menyambung perkenalan dan selepas sebulan berkenalan secara maya, kami memilih untuk bertemu secara bersemuka pada November 2018. Allah permudahkan perjalanan perkenalan kami. Pada Februari 2019 suami saya bertemu dengan kedua ibu bapa saya untuk menyatakan hasrat beliau untuk menikah dengan saya. Selepas itu pada April 2019, keluarga suami datang merisik dan tentukan tarikh pertunangan serta tarikh pernikahan.

Alhamdulillah, kami mengikat tali pertunangan pada 22 Jun 2019 dan semuanya berjalan dengan lancar. Tetapi kami diberi ujian kecil kerana terpaksa menunda tarikh asal pernikahan kami iaitu pada 4 April 2020 disebabkan pandemik COVID-19. Tetapi kami sabar, tawakal dan redha dan hanya ‘follow the flow’ sahaja. Tidak pernah terlintas untuk bernikah pada bulan Ramadan tetapi perancangan Allah sangat cantik, kami telah disatukan pada bulan yang mulia iaitu pada 23 Ramadan 1441H bersamaan dengan 16 Mei 2020. Sewaktu pernikahan kami, semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar, syukur Alhamdulillah.

Tidak pernah terlintas untuk mencari jodoh online tetapi kami sangat bersyukur kerana dengan adanya portal Tilljannah.my ini kami dapat bertemu jodoh yang selama ini menjadi misteri. Dengan adanya platform seperti ini juga dapat membuka peluang yang lebih luas serta memudahkan bagi mereka yang masih berusaha untuk mencari jodoh,inshaAllah. Terima kasih kepada team Tilljannah.my kerana menjadi platform cari jodoh online yang terbaik. Semoga terus maju.

Sekian,terima kasih.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh