Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Saroja & Hanis
Saya mula mengenali portal TillJannah.my melalui YouTuber Syahmi Sazli. Tertarik dengan perkongsian tersebut, saya mengambil keputusan untuk mendaftar dan mencuba nasib mencari jodoh melalui portal ini.
Tidak disangka, hanya dua hari selepas mendaftar, alhamdulillah, bakal pasangan saya terlebih dahulu menghantar mesej untuk berkenalan. Dari situ, bermulalah perkenalan antara kami.
Lebih manis lagi, dalam tempoh hanya tiga minggu selepas berkenalan, pasangan saya telah datang bertemu keluarga untuk meminta izin bagi meneruskan hasrat meminang. Kami mula berkenalan pada penghujung September 2020, mengikat tali pertunangan pada November 2020 dan akhirnya selamat disatukan sebagai suami isteri pada 6 Februari 2021.
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana portal TillJannah.my telah menjadi salah satu asbab pertemuan kami. Platform ini benar-benar membantu saya dan pasangan menemukan jodoh yang dicari.
Saya juga tidak melepaskan peluang untuk mencadangkan portal ini kepada kenalan-kenalan yang masih belum bertemu pasangan hidup. Besar harapan saya agar TillJannah.my terus berkembang dan kekal menjadi platform yang membantu lebih ramai umat Islam menemukan jodoh serta membina rumah tangga yang diredai Allah.
Semoga lebih ramai lagi yang mendapat manfaat dan merasai kebahagiaan seperti kami. Insya-Allah.