Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Aiman & Anis

Assalamualaikum

Saya Aiman. Alhamdulillah dengan takdir yang diaturkan oleh Allah, saya dipertemukan jodoh dengan ahli tilljannah.my juga yang bernama Anis.

Di bawah ini akan diceritakan sedikit perkongsian kisah kami.

Saya dan isteri kali pertama chat di tilljannah pada bulan 12 tahun 2019, dan kami mula berjumpa depan-depan 4 hari selepas chat, bermula dari itulah kami mula mengenali hati budi masing-masing. Pada awal bulan Februari, saya aturkan satu kejutan dengan membawa emak dan ayah saya untuk meminang isteri saya, pinangan saya diterima, Alhamdulillah dan kami bertunang pada 29 Februari 2020. Kedua dua pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan pada bulan Ogos 2020, dan dengan izin Allah kami telah pun diijabkabul pada 17 Ogos 2020 (bersamaan dengan hari ulang tahun kelahiran isteri). Di bawah ini saya lampirkan gambar hari bahagia saya dan isteri.

Terima kasih banyak portal tilljannah.my kerana menjadi satu-satunya platform untuk anak-anak muda merealisasikan hajat untuk berkahwin, tidak salah kita mencari jodoh andai telah merasa diri kita bersedia

Terima kasih TILLJANNAH.MY dari saya dan isteri saya.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh