Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Zaire & Fatin

Assalamualaikum, di sini saya nak cerita sikit bagaimana saya dan suami berkahwin. Kami berdua kenal melalui portal tilljannah.my pada July 2016. Masa tu saya saja daftar sebab nak test market je hehe. Pastu ada la beberapa orang tegur dan sorang dari mereka ialah suami saya sekarang. Dia kata dia minat nak tegur saya sebab saya guna gambar passport buat profile picture. Gambar tu pulak tak rotate ? dia ingat saya jenis low profile, pemalu padahalnya saya taktau cara nak rotate gambar tu ? start dari situ saya cuma serius dengan dia saja, 2 minggu chat melalui web kemudian fb dan wasap.

Selepas 2 bulan iaitu Ogos 2016 kenal kami cadang untuk jumpa. Saya orang kedah dan dia Selangor. Kebetulan saya ada interview dekat KL jadi kami jumpak pertama kali masa tu ditemani kawan-kawan. Pada oktober 2016 dia datang ke Kedah untuk jumpa keluarga saya. Kemudian bulan Disember 2016 saya pula ke rumah ibu bapanya untuk berkenalan. Kami bertunang pada bulan Mei 2017. Dan pada tarikh 08 September 2017 saya dan suami Mohamad Zaire disatukan selepas hanya 6 kali berjumpa selepas berkenalan di tilljannah.my. Harini genaplah ulangtahun perkahwinan kami yang ke3 tahun dan telah dikurniakan seorang cahaya mata Safia Amaya yang kini berusia 1tahun 3bulan. Alhamdulillah.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh