Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Bazli & Wardah
Assalamualaikum, nama saya Wardah dan pasangan saya Bazli. Saya mengenali TillJannah.my daripada iklan facebook dan saya menyertai TillJannah.my pada tahun 2022 tetapi mula serius mencari pada awal bulan Januari tahun 2023 memandangkan umur meningkat 30an dan ingin menamatkan zaman bujang.
Saya mempunyai ciri-ciri jodoh yang ingin menetap di negeri utara memandangkan saya bekerja di Kedah. Oleh kerana TillJannah.my boleh mencari pasangan mengikut ciri-ciri jodoh sendiri jadi ia memudahkan saya.
Saya yang memulakan menghantar mesej di TillJannah.my kepada pasangan saya. Bagi saya tak salah untuk saya yang memulakan langkah perkenalan dahulu walaupun saya seorang wanita. Dari mesej di aplikasi kami menukar no telefon dan mengenali diri masing-masing.
Kami berkenalan bermula hujung bulan Januari 2023, perjumpaan kali pertama pada bulan Mei 2023. Setelah berjumpa, saya dan pasangan serius untuk mendirikan rumah tangga. Pada awal bulan Jun, pasangan datang ke rumah ibubapa saya memperkenalkan diri dan menyatakan hasrat ingin berkahwin dengan saya. Pada hujung bulan Jun 2023, saya pergi ke rumah ibubapa pasangan untuk memperkenalkan diri saya sebelum kami bertunang.
Pada hujung bulan 8, rombongan lelaki telah datang ke rumah ibubapa saya, kami bertunang dan menetapkan tarikh akad nikah pada 29/12/2023, dan kenduri belah perempuan 30/12/2023 dan suami pada 31/12/2023.
Alhamdulillah tempoh perjalanan perkenalan sehingga ke jenjang pelamin adalah setahun. Bila jodoh dah sampai dan kami bertekad untuk mendirikan rumahtangga, Allah memudahkan segala urusan kami. Pesanan saya kepada mereka yang masih belum menyertai TillJannah.my, cubalah kerana bagi saya jodoh bukanlah datang sendiri tanpa ada usaha, ikhtiar dan doa.
Dan bagi yang sudah menyertai TillJannah.my terutamanya wanita tak salah bagi saya untuk kita yang memulakan perkenalan, dan jangan terlalu memilih mencari yang sempurna kerana tidak ada manusia yang sempurna, kita yang akan mencorakkan bagaimana kehidupan kita kini dan masa depan.
Alhamdulillah kini 2 orang sahabat saya akan berkahwin pada tahun ini, saya yang mencadangkan aplikasi TillJannah.my untuk ikhtiar jodoh mereka, terima kasih TillJannah.my kerana memperkenalkan website ini, semoga Allah memberkati usaha kalian. 😊