Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Nu'man & Azmira

Assalamualaikum. Nama saya Ahmad Nu'man bin Hanapi, Isteri saya, Nor Azmira binti Che Ibrahim , kami berumur 29, dia merupakan wanita yang penuh inspirasi dalam hidup saya. Saya bekerja sebagai peniaga burger di Kuala Lumpur manakala isteri saya pula seorang jurutera di KKR.

Sebelum berjumpa dengan isteri saya, saya mengalami cabaran dalam mendirikan rumah tangga. Saya pernah menggunakan media sosial percuma untuk mencari pasangan, tetapi kebanyakannya tidak serius akhirnya tidak ke mana .

Namun, apabila adik saya memperkenalkan aplikasi TillJannah.my, saya menganggapnya sebagai usaha yang baru. Saya mendaftar dengan harapan untuk mencari jodoh yang lebih baik. Tidak lama selepas 3 hari akaun premium, saya menerima mesej daripada Nor Azmira. Perasaan teruja menyelubungi saya dan kami mengambil masa selama dua hari untuk berbalas mesej sebelum berjumpa.

Setelah seminggu berkenalan, kami memutuskan untuk pulang ke Kelantan dari Kuala Lumpur bagi memperkenalkan diri kepada keluarga masing-masing. Alhamdulillah, keluarga kami menerima dengan baik. Namun, ada cabaran yang saya hadapi, iaitu simpanan untuk majlis perkahwinan saya tidak sebanyak orang lain. Walau bagaimanapun, keluarga isteri saya sangat memahami dan menerima seadanya. Saya berasa bersyukur kerana isteri saya selalu menyokong dan membantu saya walaupun kami baru sahaja berkenalan. Kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh dia sangat bermakna bagi saya.

Pesan saya kepada mereka yang masih ragu-ragu untuk menyertai TillJannah.my, teruskan usaha mencari jodoh. Ingatlah bahawa jodoh bukanlah terletak 100% pada usaha kita, tetapi ia adalah ketentuan Allah. Teruskan berdoa dan berusaha, kerana Allah akan memberikan yang terbaik pada orang yang berusaha pada waktu yang tepat.

Bagi ahli TillJannah.my yang masih berusaha mencari jodoh, saya sarankan agar anda cepat-cepat memperkenalkan diri kepada keluarga walaupun baru berkenalan. Ini kerana, bertemu keluarga membuka peluang untuk mengenali satu sama lain dengan lebih serius dan mendalam.

Kini, kami sudah berumah tangga selama 6 bulan lebih ,dan alhamdulillah kami kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata, yang dijangka lahir pada bulan Disember 2024. Terima kasih buat TillJannah.my yang menjadi platform untuk kami bertemu. Semoga kisah kami dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada mereka di luar sana dalam usaha mencari jodoh dan mengecapi kebahagiaan. Semoga Allah permudahkan urusan jodoh kita semua amin.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh