Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Saiful & Qurratu'Aini

Mula Kenal : 29 Januari 2019
Bertunang : 22 Jun 2019
Nikah : 22 Ogos 2020

Cerita Ringkas tentang pertemuan kami :

Pada akhir bulan januari 2019 suami saya cuba chat saya melalui "mesej calon ini sekarang" dan saya hanya menghiraukan(bluetick) sahaja chat yang dihantar oleh suami di ruangan tu.
Suami cuba untuk chat saya untuk kali yang KEDUA dan saya tergerak hati untuk membalas chat tersebut, dan start je daripada situ kami just contact melalui chat tu sahaja selama dua hari.
Selepas 2 atau 3 hari kami text melalui portal tu,kami berdua menyatakan hasrat masing-masing tentang betapa serious nya kami berdua nak mencari pasangan hidup dan kami pon bertukar-tukar nombor telefon.
So selepas itu kami berhubung melalui whatsapp. Selepas 2 bulan berkenalan, kami decide untuk mengikat tali pertunangan pada 22 Jun 2019 dan decide untuk akad nikah pada 22 Ogos 2020.
Walaupun kami banyak diuji semasa tempoh pertunangan tapi Alhamdulillah akhirnya kami selamat diijab qobulkan juga. Saya percaya, Allah bukan saja-saja gerakkan hati saya untuk reply chat suami saya tu untuk kali yang kedua dan memang itu yang Allah dah tulis.

Jadi sedikit nasihat daripada saya, kalau boleh sebelum nak join portal cari jodoh ni tidak kiralah mana-mana portal sekalipun, perbetulkanlah niat dulu. Pastikan niat kita baik dan betul2 ikhlas supaya Allah dapat permudahkan semua urusan kita dalam usaha kita nak membina masjid.

Untuk yang dah niat nak bertunang tu, kuatkan hati dan banyakkan bersabar dalam menghadapi segala rintangan dan ujian yang bakal menimpa kita dan pasangan dalam tempoh pertunangan tersebut sebab "ujian bertunang" is real gais...Hehe...

Semoga usaha calon-calon diluar sana dipermudahkan oleh Allah dan doakan kami juga supaya dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah...Aaminn...

Terima Kasih
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh