Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Hafizol & Masturah
Assalamualaikum w.b.t, syukur kita ke hadrat Ilahi diberikan kesempatan oleh Allah S.W.T. untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini.
Nama diberi Mohammad Hafizol, bekerja sebagai Pembantu Sokongan Teknologi Maklumat di Ipoh, Perak. Misi untuk mencari jodoh ini bermula apabila saya dinaikkan pangkat. Melihat kepada keadaan ekonomi dan kewangan yang agak kukuh, mulalah terjentik hati untuk mencari jodoh sebagai peneman hidup hingga ke syurga.
Pada permulaan misi pencarian itu, saya berkawan dengan rakan sekerja. Tetapi biasalah, bila rakan sekerja ini kita tidak tahu sama ada kita diterima dalam hidup dia ataupun tidak. Banyak kali juga saya ditolak dengan alasan terlalu baik. Melihat dengan keadaan itu, pada permulaan agak kecewa jugalah, tetapi bila difikir jodoh itu rahsia Allah S.W.T. , saya kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan.
Saya terdetik untuk mendaftar dalam Portal TillJannah.my ini bila mana melihat sahabat saya mendapat pasangan yang tepat melalui Portal TillJannah.my ini juga. Setelah sekian lama mendaftar sebagai akaun biasa, saya menaiktaraf kepada akaun premium untuk lebih serius dalam pencarian. Waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi ruang dan peluang untuk saya mencari pasangan yang dihajati.
Bermula dengan menapis mengikut kelayakan akademik dan lokasi tempat, keluarlah calon-calon dikehendaki. Saya mula menghantar mesej kepada calon-calon yang disenarai pendek, hanya beberapa sahaja yang membalas salam saya, dan salah satunya adalah Cik Mastura. Tidak sangka beliau juga merupakan pelajar yang sama menuntut di universiti tempat saya menimba ilmu dahulu.
Bermula dari mesej di TillJannah.my, diteruskan dengan WhatsApp. Banyak juga persoalan yang diutarakan dalam mencari keserasian untuk menjadi imamnya. Saya jawab dengan penuh yakin, saya sesuai untuk menjadi imamnya. Perhubungan diteruskan lagi apabila beliau menjemput saya datang ke rumah untuk mengenali keluarga dia dengan lebih dekat. Selepas berbincang dengan ayahnya, beliau memberitahu kepada saya untuk membawa kedua-dua orang tua saya ke rumahnya dan berbincang dengan lebih lanjut.
Dengan semangat yang tinggi, saya telah membawa ibu dan ayah saya datang ke rumah keluarga Cik Mastura. Sesi perbincangan ini mendapat kata putus untuk menetapkan tarikh pertunangan dan akad nikah. Pada 24/09/2021 kami telah mengikat tali pertunangan. Alhamdulillah kami menikah di Pejabat Agama Seri Iskandar.
Kini sudah setahun usia perkahwinan kami dan dikurniakan seorang anak yang diberi nama Muhammad Faqih Amin. Semoga kisah ini dapat menberi inspirasi pada pasangan diluar sana untuk sentiasa bersangka baik dengan segala aturan daripada Allah S.W.T.
Sekian terima kasih.