Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Iman & Atul

Assalamualaikum

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tilljannah dan sangat bersyukur kerana saya telah menemukan jodoh di portal ni. Jika niat kita baik insyaallah Allah permudahkan semuanya, yang penting usaha dan doa.

Bermulanya kisah cinta saya dan pasangan saya disini, sama-sama mempunyai niat dan tujuan yang sama. Perkenalan saya dan suami sangat singkat, hanya 4bulan. Kami mula chat dan kenal pada 7/3/2021. Kami berjumpa baru 2kali tapi ada keserasian antara kami, sangat selesa dan tenang. Perkenalan yang singkat ini, suami ambil keputusan untuk merisik dahulu pada 4/4/2021. Alhamdulillah kedua-dua family merestui hubungan kami.

Perancangan kami untuk bertunang dan nikah sekali pada hujung tahun ni tapi Allah permudahkan urusan kami akhirnya kami melangsungkan akad nikah pada 23/7/2021. Kahwin dimusim PKP sangatlah mudah dan menjimatkan. Kami ingin bercinta selepas nikah kerana ingin hubungan yang lebih bahagia dan diberkati. Saya sangat bersyukur Allah gerakkan hati saya dan suami untuk menyertai portal ni. Sebelum ni pernah nak cuba join tapi selalu tangguh-tangguhkan niat tu dan tak pernah percaya dan terfikir boleh ke dapat jodoh dalam portal ni.

Alhamdulillah berkat doa saya dan ibu bapa akhirnya saya menamatkan zaman bujang saya dengan suami yang lebih muda dari saya. Saya berumur 30tahun dan suami 26tahun.

Sekian cerita saya. Saya juga mendoakan sesiapa yang belum menemui jodoh dipermudahkan urusan untuk mencari jodoh di portal ini.

Terima kasih Tilljannah.my!
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh