Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Hakim & Wahidah

Assalamualaikum. Ini kisah cinta saya & isteri yang bermula dalam tempoh yang sangat singkat. Kami (Akem & Adda), download apps till jannah pada 28/8/2020. Seminggu mencari dan selepas saya jumpa profil isteri terus saya sampaikan salam. Salam di balas dan tanpa ragu terus memberi saya nombor telefon. Kami berhubung melalui whatsapp. Pada 3/9/2020 saya berjumpa dengan dia untuk pertama kalinya. Kemudian saya diajak isteri untuk berjumpa dengan adik beradiknya. Seminggu kemudian saya dijemput pula untuk berjumpa dengan mak ayahnya. Alhamdulillah kedua2 mak dan ayahnya suka dan merestui hubungan yang bakal kami ciptakan.

Akhir sekali, saat untuk di ijabkabulkan setelah hanya 2 bulan perkenalan. Kami merancang untuk bertunang pada 17/10/2020 dan bernikah pada 21/11/2020. Namun tak kesampaian kerana kawasan kami terlibat dengan arahan pelaksanaan PKPB. Semua majlis tidak dapat dibuat, namun berkat restu dan sokongan semua ahli keluarga kami bertunang juga pada tarikh 31/10/2020 dan selamat bernikah 8 hari selepas bertunang iaitu pada 8/11/2020. Kami melangsungkan pernikahan hanya di Jawi. Itu la serba sikit kisah kami. Selama ni memang saya sentiasa mencari tak sudah. Tapi kali ni rasa semua nya โ€˜smoothโ€™ saja. Betullah orang cakap, kalau dah sampai jodoh, memang jalan nya mudah. Ada halangan, tapi alhamdulillah selesai dengan baik.

Terima Kasih Portal Tilljannah kerana menemukan saya dengan kekasih hati saya Nor Wahidah.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


๐Ÿ‘‡๐Ÿผ Join telegram kami ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ
t.me/TillJannahPortalJodoh