Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Basri & Rodiah

Assalamualaikum wrhm wb.

Terima kasih diucapkan kepada Team TillJannah.my. Saya dan pasangan hampir berputus asa dan tidak percaya dengan apps cari jodoh ni. Ramai juga calon yang dihubungi tetapi kebanyakannya senyap selepas berhubung melalui whatsapp setelah memberikan nombor telefon masing-masing.

Kira-kira dua hari sebelum akaun TJ tamat (lebih kurang dengan akaun pasangan) iaitu pada 23 Nov. 2020 salam saya dibalas melalui nombor yang diberikan di ruangan mesej TJ. Pasangan juga agak ragu memandangkan saya tinggal jauh di Sabah. Kami berbalas chat melalui whatsapp dan perkenalan singkat lebih kurang seminggu membibitkan bunga-bunga cinta kami. Akhirnya, kami dilamun cinta selepas rasa selesa dengan diri masing-masing. Pasangan saya (kini isteri) rasa selesa dan tidak timbul sebarang kecurigaan terhadap saya. Segalanya tentang kekecewaan hidup kami mempunyai banyak persamaan. Kami tidak nafikan, hubungan ini satu rahmat buat mengubat kekecewaan kami sebelum ini.

Selepas sebulan menjalin hubungan melalui whatsapp, video call dan google meet, saya mengambil keputusan untuk meminangnya. Walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19 dan terpaksa swab test sebelum merentas negeri, saya tidak berpatah balik lagi. Saya nekad untuk menjadikannya pasangan hidup.

Pasangan saya pula tidak berani memberitahu keluarga tentang keputusan saya selagi tidak bersemuka. Saya pula menghadapi masalah untuk menghantar wakil memandangkan perbelanjaan swab test dan tiket penerbangan yang agak mahal. Semuanya serba tidak kena, tetapi kerana nekad, saya berjaya menyiapkan surat kelulusan nikah di Sandakan walaupun terpaksa memandu 10 jam pergi balik dari Sandakan ke Kota Kinabalu.

25 Disember 2020 saya menjejakkan kaki di KLIA 2 dan terpaksa bermalam di rumah sepupu di Bangi. Keesokan harinya, saya nekad untuk bersemuka di bandar Temerloh. Pertemuan pertama sangat mendebarkan sehinggakan pasangan lupa tempat parking kereta. Allahu Akbar. Saya tidak salah membuat keputusan, pasangan saya memang orang yang saya impikan. Petang itu juga saya melawat keluarganya di Kg. Dala, Lanchang setengah jam perjalanan dari bandar Temerloh. Perjalanan dari Sandakan ke Temerloh sejauh hampir 5000 km langsung dilupakan. Inilah yang dikatakan jodoh dan menjadikan perjalanan ini suatu memori terindah dalam hidup saya.

Jika kami berdua ditanya, bagaimana kami bertemu dan mengambil keputusan untuk bernikah, kami sendiri merasakan seperti mimpi. Kamipun tidak menyangka perkenalan singkat kami (sebulan, lapan hari) membawa kami ke jinjang pelamin. Saya menganggap isteri saya sebagai “rahmat yang tersembunyi di kejauhan” dan pasangan menganggap saya sebagai “lelaki kiriman Tuhan”.

Akhirnya kami diijabkabulkan pada hari terakhir tahun 2020. 31 Disember 2020 menjadi hari permulaan hidup kami suami isteri dan semoga jodoh ini berkekalan hingga ke jannah.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh