Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Nahar & Liyana

COVID-19 Pengikat Kasih

Agak cliché tetapi itulah hakikat bagi perhubungan kami. 21 Ogos 2020, tarikh keramat yang menjadi saksi hubungan ini.
Pertengahan Mac 2020, “Abah” mengumumkan LOCKDOWN. Allahu, risau tak berkesudahan. Semua diarah untuk “STAY AT HOME”. Kebetulan berada di kampung, rezeki luangkan masa dengan abah dan mama, menjadi peneman merangkap “Akak Grab Delivery” di mana setiap hujung minggu ditugaskan membeli barang keperluan rumah. Risau jika abah yang keluar membeli barang disebabkan covid-19 yang entah dari mana, datangnya tak diundang.

Sambil-sambil “Work from Home” seperti yang di arahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), terlintas fikiran untuk mencuba portal TillJannah. Sebenarnya sudah lama keluarga memujuk untuk mencuba portal tersebut, disebabkan umur pun sudah menjangkau 27 tahun.
Aku whatsapp kakakku, yang kupanggil kak de, mengharapkan sokongan dan pendapat. Dengan hati yang tekad, tanpa apa2 persediaan (bagi gambar passport je sebagai gambar profile dalam portal tu, haha) aku hantar permohonan. Seketika kemudian admin ‘approve’. Kemudian ada beberapa orang
yang memberi salam. “Aduhh, macam mana nak pilih ni,”, hati dah tak keruan. Rasa macam mahu putus asa kerana memang dari awal takut untuk membuat pilihan, lagi-lagi bab kahwin (Ya, aku mengaku aku agak cerewet dan perfectionist dalam membuat pilihan, haha.. tapi tak salah kan :P).

Aku: De, aku macam give up laa pulak. Tak taw camne nak decide ni………
Kakde: Laa, try laa slow2. In shaa Allah kalau ada jodoh. Try je kenal2 dulu, kenal hati budi. Screenshoot sikit aku nak tengok, hehe

Atas semangat yang secebis tu aku cuba lagi. Cuba berkenalan dengan menjawab salam dan berkenalan. Scroll lagi dan lagi. “Eh, macam muka abang ipar aku laa lelaki ni” lalu terus aku screenshoot dan tunjukkan kepada kakde.

Aku: De, tengok ni. Macam muka abang Saif.
Kakde: Haha, ada la sikit, part dahi. Luasssss…. Hahaha

Aku lihat profile lelaki ini lagi, tahun lahir 1986, 7 tahun jugak ni beza. Scroll lagi ke bawah, ciri-ciri dirinya langsung kosong, tidak ditulis apa-apa. Tapi itulah, dah jodoh kan, aku menjawab salam lelaki ini, padahal kalau diikutkan “cerewet” aku ni, tanpa ada apa-apa perkenalan diri dari si dia dalam portal, hanya kosong, memang tak mungkin aku membalas salam darinya.

Dari situ bermula perkenalan kami. Secara ringkasnya, dia yang terbaik. Kebetulan semasa perkenalan bulan Ramadhan, bulan berkat di mana doa hamba-hambaNya dimakbulkan. Aku buat solat istikharah, sungguh-sungguh kali ini, mengharapkan petunjuk. Aku berdoa agar Allah hadirkan dia dalam mimpi jika dia benar-benar jodohku. Alhamdulliah, aku mimpi mama, abah dan aku sendiri pergi menemui keluarga lelaki ini. Nak dijadikan cerita, lelaki ini pun mendapat petunjuk melalui
mimpi, di mana dia bermimpi arwah abahnya yang baru meninggal bulan Februari 2020 yang lepas, datang kepadanya dan mengajarnya lafaz akad nikah.

Awal Julai datang rombongan merisik dan bertunang, jauh dari Mersing, Johor. Akhirnya 21/08/2020 tarikh keramat yang dipilih untuk diijabkabulkan setelah melalui banyak liku (maklum laa tengah PKP, banyak perkara ditukar last minute, nak jumpa pun tak boleh disebabkan larangan merentas negeri, barang hantaran, doorgift, dan lain-lain 90% secara online ) tetapi Alhamdulillah dipermudahkan semua.

Kini aku sangat-sangat bahagia bersama suamiku walaupun banyak kali merungut kerana PJJ (seorang di KL, seorang di Negeri Sembilan), tambah lagi isu merentas negeri akibat COVID-19 yang menyukarkan lagi keadaan. Tetapi ayat suamiku yang sering memujuk hati ini “takpe laa sayang, disebabkan PKP ni laa kita kenal”.

TERIMA KASIH TILLJANNAH!!! Moga platform ini menjadi saham akhirat untuk anda semua kerana ramai dapat membina masjid yang diredhai Allah S.W.T kerana usaha anda yang tidak ternilai ini.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh