Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Azlan & Hana
Assalamualaikum..
Saya sangat berterima kasih dengan penubuhan portal ini yang menjadi medium pertemuan jodoh saya bersama pasangan saya. Menyertai portal ini diawalnya saya memang berniat untuk mencari jodoh dan bukan sekadar nak mencari kawan. Mungkin kerana niat yang betul, alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah SWT.
Kisah ringkas perkenalan saya bersama suami di portal Tilljannah.
Bermula dengan sapaan dari suami selepas sehari saya mendaftar pada Mac 2018. Berbalas mesej di portal lebih kurang seminggu,bertukar no telefon dan mengatur pertemuan pada April 2018.
Berjumpa untuk pertama kali dan kami banyak berbincang tentang masa depan dan tujuan utama masing-masing menyertai portal tersebut. Kemudian dia menemukan saya dengan keluarganya sebulan selepas itu dituruti perjumpaan dia bersama keluarga saya. Alhamdulillah kedua keluarga merestui dan kami merancang untuk mengikat tali pertunangan.
Kami bertunang pada 20 Oktober 2018 dan merancang untuk bernikah lebih kurang setahun dari tarikh mengikat tali pertunangan. Syukur alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Walaupun dugaan bertunang itu tetap ada, kami dapat tanganinya dengan penuh kesabaran. Bergaduh itu biasa, dari situ kami belajar mengenali perangai masing-masing.
Pernikahan kami berlangsung pada 14 September 2019 dan bersanding pada hari yang sama. Majlis bertandang pula pada 7 Disember 2019 di rumah mertua di Kluang. Dikira beruntung juga dapat pasangan sama negeri cuma berlainan daerah. Mudah untuk pulang sekiranya ada sebarang majlis ataupun hari raya...hehe
Alhamdulillah usia perkahwinan sudah setahun cuma belum ada rezeki anak lagi.. doakan saya ye..
Terima kasih pada team portal tilljannah. Kepada kalian yang menyertai portal dengan tujuan dan niat yang betul, semoga segala urusan kali dipermudahkan ye.. All the best!
Ikhlas,
Hana dan Azlan