Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Saifullah & Hazleen

Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada Portal Tilljannah kerana menjadi medium saya dan suami berkenalan..

Detik pertemuan kami bermula apabila suami menyapa saya di ruangan mesej.. Kami mula berkenalan pada 16 Februari 2019 & bertemu kali pertama pada March 2019. Alhamdulillah, masing-masing tahu apa tujuan utama kami berkenalan dan kami mula membincangkan tentang rancangan kami yang seterusnya. Perkenalan yang singkat terus disusuli dengan kehadiran keluarga suami bertemu keluarga saya pada April 2019. Sebenarnya urusan lebih mudah apabila suami juga berasal dari negeri yang sama.

Kemudiannya bersambung dengan majlis merisik & bertunang pada hari raya Aidilfitri tahun 2019 iaitu pada bulan Mei & akhirnya mendapat kata sepakat daripada dua belah pihak untuk melangsungkan pernikahan pada hari raya Aidiladha yang terdekat iaitu pada bulan Ogos 2019.

Dua bulan tempoh persiapan diberi Alhamdulillah cukup untuk kami selesaikan semua persiapan. Semua persiapan berjalan lancar dengan bantuan keluarga dan rakan-rakan.

Tanggal 13 Ogos 2019 bersamaan 12 Zulhijjah 1440H berlangsungnya majlis akad nikah secara sederhana dan diikuti majlis resepsi pada hari berikutnya.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya segala urusan saya, suami & keluarga dipermudakan.

Walaupun usia perkenalan hanyalah lebih kurang 6 bulan, inilah yang dikatakan jodoh, juga dengan izinNYA ❤️semoga pernikahan kami sentiasa dibawah rahmat Allah swt.

Oh ya, suka untuk saya berkongsi, tanggal 19 Mei 2020 bersamaan 26 Ramadhan 1441H lahirlah seorang puteri amanah Allah Swt kepada kami. Alhamdulillah dengan rezeki yang diberi.

Terima kasih sekali lagi kepada Portal Tilljannah kerana menjadi jalan kami untuk bertemu pasangan. Saya kerap kali mencadangkan kepada sahabat -sahabat untuk mencuba medium ini sekiranya berniat untuk mencari jodoh.. InshaaAllah dengan niat yang betul Allah swt permudahkan..

Sekian sahaja perkongsian saya tentang perjalanan pertemuan saya dan suami.. Semoga kita semua sentiasa dibawah lindunganNYA. Ameen.. Terima kasih.

Lots of love,

Leen & Saifullah
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh