Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Syahrulnizam & Zasmiza

Assalamualaikum wbt,

Saya terjumpa web TillJannah pada awal tahun 2019, melalui instagram Fynn Jamal dan membuka akaun di web TillJannah.

Tujuan saya mendaftar di website ini iaitu mencari pasangan yang serius untuk meneruskan kehidupan, suka duka bersama disamping mencari redha Allah S.W.T.

Akhirnya saya bertemu calon suami saya, Syahrulnizam, anak kelahiran Perak yang sedang menetap dan bekerja di Negeri Sembilan.

Saya mula menegurnya pada awal bulan December 2019. Alhamdulillah, selepas beberapa perbualan, kami bertukar nombor telefon dan memulakan perbualan melalui whatsapp . Allah permudahkan setiap urusan kami dan kami membuat keputusan untuk bertemu buat pertama kali pada 7 Mac 2020.

Hampir setiap hari kami berkomunikasi melalui whatsapp dan setelah 7 bulan tempoh perkenalan, suami saya minta untuk bertemu dengan ibu bapa saya dan pada 19 Julai 2020 beliau membawa keluarganya ke rumah sebagai tanda untuk mengikat tali pertunangan bersama saya.

Kami telah menetapkan tarikh untuk diijabqabul pada 12 September 2020 dan segala urusan dokumentasi borang nikah diuruskan dan semuanya dipermudahkan olehNya.Alhamdulillah kami telah disatukan pada tarikh tersebut dengan majlis yang ringkas tetapi meriah dengan kehadiran keluarga, saudara mara dan jiran tetangga.

Akhir kata,saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah menemukan saya dengan suami di web TillJannah ini. Yang pasti yakin pada Allah. Sebelum bertawakkal kita kena berusaha. Saya dan suami mengucapkan ribuan terima kasih asbab perkenalan di web Tilljannah ini kami disatukan.

Kami doakan semoga platform ini berjaya menyatukan lebih ramai lagi pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga. InshaAllah.

Doakan semoga hubungan kami berdua berkekalan hingga ke Jannah.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh