Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Zaim & Hawaliza

CERITA RINGKAS BERTEMU JODOH DI PORTAL TILLJANNAH

Saya mula mendaftar di portal tilljannah bulan Januari tahun 2018. Selama 6 bulan saya berada dalam portal dan masih tiada calon yang sesuai dengan saya. Ada beberapa calon yang sudah saya berkenalan tetapi tiada yang sesuai dengan kriteria saya. Tepat bulan Jun 2018, seorang saudari yang mula menegur saya di dalam portal. Apa yang buat saya tertarik dengan saudari itu ialah, cara tegurannya yang bersahaja dan soalan-soalan yang diberikan adalah berbentuk soalan untuk masa hadapan dalam perkahwinan.
Saya nampak saudari ini serius dalam usaha mencari jodoh di dalam portal tilljannah. Oleh kerana tarikh luput akaun di portal hampir tiba, saya terus beri nombor telefon saya dan berharap saudari tersebut menghubungi saya.
Dua hari selepas itu saudari itu menghubungi saya di dalam whatsapp. Oleh kerana tiada orang tengah, kami bertukar nombor telefon ibu masing-masing untuk berhubung. Itu lebih sopan bagi saya.
Dan bulan Julai 2018, saya bersama keluarga terus ke rumah keluarga saudari tersebut untuk perkenalan dan melihat secara bersemuka dan berkenalan antara dua keluarga.
Alhamdulilah, keluarga kami sangat serasi, dan dari perkenalan kami terus berbincang tarikh bertunang.
Bulan September 2018 kami bertunang. Segalanya dipermudahkan.
Bulan April 2019 , 6 bulan selepas itu, dengan izin Allah, kami diijab kabulkan dengan sekali lafaz. Dengan tempoh perkenalan sangat singkat, dalam masa 10 bulan sahaja dan 7 kali pertemuan bersemuka, Allah izinkan kami bersatu dengan indah.

Terima kasih Allah, beri kami idea dan lorongkan hati kami untuk mendaftar di PORTAL TILLJANNAH.MY, dan dengan asbab tersebut, kami bertemu jodoh disitu.
Dan oleh kerana kami memiliki pengalaman ini, saya sempat berkongsi dengan seorang rakan baik saya tentang portal tilljannah, kebetulan beliau sedang mencari jodoh. Alhamdulilah beliau juga sudah berumah tangga dan berjumpa jodoh di portal TILLJANNAH.MY.

Semoga usaha TILLJANNAH untuk bantu orang diluar sana untuk mencari jodoh dipermudahkan dan lebih ramai lagi yang berjumpa jodoh di portal tilljannah.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, bujang / duda / janda dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh