Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Rizal & Sha

Assalamualaikum wbt,

Saya mula mendaftar di TillJannah.my pada 26 Mei 2017 selepas terjumpa iklan TJ di FB oleh Raisyyah Rania Yeap (begitu juga isteri saya). Saya mendaftar pakej sebulan berharga RM20 untuk mencuba.

Saya seorang yang pemalu dan tidak pernah mempunyai teman wanita. Mengguna TJ dan melihat banyaknya calon-calon untuk dipilih, terasa seperti bermain game menjadi casanova(haha :p).

Setelah berpuluh-puluh calon dihubungi dan berchating, akhirnya pada 19 Jun 2017 saya telah berjumpa dengan isteri saya. Dari TJ, kami bertukar ke whatsapp.

Pada 15 Julai 2017, saya telah bertekad untuk berjumpa si dia untuk pertama kali di rumah keluarganya pada bulan syawal (alasan nk dtg raya :p). Saya pergi bertemankan seorang kawan dan isterinya. Setelah disoal siasat oleh ayah si dia (pheww berpeluh), saya pun memberi mereka sebentuk cincin (yang telah saya beli pada 2009, Subhanallah muat) dan sedikit buah tangan (coklat-coklat je). "Pakcik, ni kira saya book la ye", ujar saya yang gelabah nak cakap ape.

Pada 13 Ogos 2017, alhamdulillah rombongan ke rumah si dia telah dibuat untuk meng"official"kan pertunangan kami. Dan minggu berikutnya, kami berdua telah pergi menghadiri kursus kahwin bersama-sama.

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, 3 Disember 2017 kami secara rasminya telah bergelar pasangan suami isteri. Allahu akbar!

Alhamdulillah, pada 8 Ogos 2019 kami telah dikurniakan seorang cahaya mata. Puteri kesayangan yang bernama Raisha Binti Mohd Rizal, nama yang diambil sempena nama orang yang mempromosikan TJ kepada kami suami isteri.

Semoga kami semua kekal berbahagia bersama Till Jannah, amin.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh