Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Shahrool & Hasmira

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian saya ini untuk team portal tilljannah.my. Saya berasa berterima kasih atas kewujudan portal ini yang menjadi asbab saya bertemu suami saya sekarang.

Saya mengetahui portal ini melalui facebook pada awal tahun 2017. Saya sekadar mencuba mencari jodoh di sini.. Niat saya cari jodoh kerana Allah.. Jika ada adalah pada masa tu.. Sehingga lah pertengahan tahun bulan May 2017 waktu puasa.. Saya berbalas salam dengan seorang lelaki ni.. Dia tak selalu online jadi dia minta no telefon dan kami berhubung di whatsapp. Lepas raya, bulan Julai kami berjumpa.. Dia terdetik nak merisik saya dan bertunang walau baru kali pertama jumpa.. Dia kenalkan saya pada keluarganya dan 2.9.2017 raya haji kami bertunang.. Bertunang kenal hati budi selama 5 bulan saja..17 Februari 2018 kami bernikah.. Kerana saya dan suami sepakat serius dan tak nak lama-lama tanpa ikatan.. Lebih pada bercinta selepas kahwin.. Alhamdulillah Allah mudahkan.. Kami menimang cahaya mata perempuan tersayang Khayra Azalea pada 18.4.2019.. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah..

Jutaan syukur dan terima kasih sekali lagi kepada portal tilljannah.my kerana membantu saya dalam mencari imam saya.. Sekian perkongsian saya, terima kasih..
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh