Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Izzuddin & Hawa
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya Hawa, menetap dan bekerja di Selangor dalam bidang pengurusan sumber manusia, kewangan dan pentadbiran di sebuah syarikat swasta. Suami saya, Izzuddin, menetap dan bekerja di Johor sebagai juruteknik di sebuah kilang swasta.
Perjalanan saya dalam mencari jodoh tidak mudah. Ruang sosial sangat terhad, dan saya bukan jenis yang mudah membuka hati. Tambahan pula, pernah melalui pengalaman didekati oleh individu yang tidak serius tetapi sekadar ‘test market’, dan ada yang tiba-tiba menghilang. Semua itu membuatkan saya berhati-hati dan hampir putus harapan.
Saya mendaftar di TillJannah.my sejak 2021, tetapi penggunaannya sangat on-off. Pernah lama tidak aktif kerana kecewa dan letih. Namun pada awal Mei 2025, saya langgan semula pakej sebulan dengan niat, “Kalau kali ni masih tak menjadi, saya akan tutup akaun dan reda dengan takdir.” Tapi siapa sangka, saat saya hampir berputus asa, Allah hadirkan Izzuddin.
Pada 7 Mei 2025, saya sendiri yang memulakan mesej. Saya beri salam dan nyatakan dengan jelas bahawa saya ingin berkenalan untuk tujuan perkahwinan dalam masa terdekat. Apa yang menarik perhatian saya sebenarnya ialah satu perkara kecil tapi sangat penting dalam profilnya, dia nyatakan dia tidak merokok, dan itu memang kriteria utama yang saya cari dalam pasangan hidup. Dari situlah saya yakin untuk mula berkenalan. Izzuddin membalas dengan hasrat yang sama, dan kami pun terus sepakat untuk kenal secara serius.
Kami bertemu buat kali pertama pada 11 Mei 2025. Alhamdulillah, pertemuan itu sangat selesa, jujur dan meyakinkan. Lepas jumpa, dia pula minta akaun TikTok saya (katanya nak kenal versi "real-life" 😄). Tak lama kemudian, dia menyatakan hasrat untuk kenal keluarga saya.
Pada 17 Mei 2025, kedua-dua pihak keluarga bertemu untuk berkenalan secara santai. Ia bukan lagi perbincangan rasmi, cuma perjumpaan awal untuk kenal-kenal dan lihat keserasian. Dalam pertemuan itu, pihak lelaki minta pihak perempuan memberikan tarikh yang sesuai untuk perbincangan rasmi. Kami pun bincang bersama keluarga, dan akhirnya tetapkan tarikh pertunangan pada 1 Jun 2025, diikuti dengan tarikh pernikahan pada 4 Julai 2025.
Cabaran paling besar kami ialah jarak. Saya tinggal di Selangor, Izzuddin di Johor. Keluarga saya di Negeri Sembilan, dan keluarga dia pula di Terengganu. Kami berdua betul-betul korbankan masa dan tenaga untuk ulang-alik antara negeri demi memastikan setiap urusan berjalan lancar. Namun berkat kesabaran, keikhlasan, dan komunikasi yang terbuka, Allah permudahkan semuanya dari borang nikah, persediaan majlis, katering, pelamin, sehinggalah ke hari kami disatukan.
Kami hanya mampu ucapkan syukur yang tak terhingga atas aturan indah yang Allah susun. Semuanya berlaku dalam tempoh yang singkat, tapi sangat bermakna.
Buat anda yang masih belum sertai TillJannah.my, jangan takut untuk cuba. Ini bukan sekadar platform mencari pasangan, tapi ruang yang selamat dan jelas niatnya. Di sini kita boleh mula dengan adab dan terus kepada tujuan.
Untuk ahli yang masih belum bertemu jodoh, jangan berputus asa. Teruskan berusaha, berdoa, dan jaga niat dari awal. Kadang-kadang, jodoh hadir bila kita paling tak jangka — dan bila sampai waktunya, semua jadi sangat mudah.
Akhir kata, terima kasih TillJannah.my, kerana menjadi asbab pertemuan saya dan Izzuddin. Moga lebih ramai lagi bertemu pasangan hidup yang baik, dan menuju ke syurga-Nya bersama.