Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Azfar & Rozeemah
Nama saya Rozeemah bekerja di dalam sektor perkhidmatan awam di Kuala Lumpur dan suami saya Ahmad Azfar Asraf berkerja di dalam sektor swasta di Seremban.
Saya mula mendaftar untuk menyertai Tilljannah.my pada tahun 2022, dimana saya mengetahui kewujudan platform ini melalui adik saya yang mengatakan ada kawan dia yang telah bertemu jodoh menggunakan platform ini. Pada permulaannya saya ragu-ragu untuk berkenalan melalui atas talian, tetapi disebabkan sifat pemalu saya yang menebal dengan lelaki, saya ingin ikhtiar menggunakan kaedah ini.
Platform Tilljannah.my ini juga telah membantu adik lelaki saya bertemu jodohnya apabila dengan tidak sengaja, saya membuat akaun untuk adik saya hanya bertujuan nak tengok sisi pandangan lelaki dan akhirnya asbab itu, saya memperkenalkan beberapa kenalan perempuan di Tilljannah.my. Dan alhamdulillah, dia dan Isteri telah selamat di ijab kabul pada tahun 2023.
Suami saya pula mendaftar untuk menyertai Tilljannah.my pada tahun 2023, setelah dia meneliti setiap platfrom cari jodoh yang ada, dia mendapati platform Tilljannah adalah platform yang patuh syariah.
Pada peringkat permulaan mendapatkan kenalan yang serius sebagai calon suami bukanlah mudah. Ini kerana perkenalan melalui platform atas talian akan membawa kita kepada pelbagai syak wasangka dan situasi yang menghadkan penilaian kita.
Perkenalan saya dan suami bermula apabila dia mula menghantar mesej ke akaun Tilljannah.my saya, proses perkenalan kami tidak lah lama. Kami bermula dengan bermesej di akaun Tilljannah.my untuk beberapa hari dan selepas itu kami mencari keserasian melalui panggilan telefon. Apabila perkenalan yang lebih terperinci melalui panggilan telefon, kami telah berkongsi nombor telefon dan berbalas whatsap untuk sebulan kemudian. Setelah dia merasakan keserasian dengan saya, dia telah mengajak saya untuk berjumpa di Seremban memandangkan ia adalah laluan balik saya ke Melaka iaitu kampung saya. Perjumpaan kami selama beberapa jam itu telah membawa kepada proses taaruf yang seterusnya. Seminggu selepas itu, dia telah mengajak saya untuk berjumpa keluarga suami manakala saya telah memperkenalkan suami kepada keluarga saya ketika Hari Raya Aidilfitri iaitu pada bulan April 2024.
Alhamdulillah Allah mempermudahkan perjalanan hubungan kami, suami telah melamar saya untuk menjadi suri hati hidupnya dan kami telah meneruskan perancangan untuk meghalalkan ikatan yang ada. Pada 2 Jun 2024 kami telah mengikat pertunangan dan pada 28 September 2024 kami telah menjadi suami dan isteri
Tempoh perkenalan yang tidak sampai setahun ini, bukanlah tanda aras dalam menentukan keserasian seseorang. Saya dan suami yang seusia iaitu 38 tahun sudah dikirakan matang dalam membuat keputusan dan insya allah keputusan kami berlandaskan ilham dari Allah s.w.t.
Pesanan dari saya kepada calon yang masih mencari calon pasangan hidup, janganlah pernah putus asa sebab saya pun pernah berada di dalam situasi berputus asa dalam mencari pasangan hidup apabila beberapa hubungan yang saya bina putus atas sebab tiada keserasian dan pihak lelaki yang tiada perancangan dalam perhubungan. Teruskan berdoa dan jangan meletakkan kriteria yang tidak munasabah kerana jika kriteria dunia yang ditetapkan ia akan membawa kepada niat yang tidak betul dalam tujuan kita mendirikan rumah tangga.
Saya doakan semoga calon yang masih mencari menemui jodoh yang terbaik dan doakan hubungan yang kami bina ini dilimpahi Rahmat Allah s.w.t, dikurniakan zuriat yang baik serta kekal bahagia hingga ke Jannah. Insya allah