Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Fadli & Yana
Assalamualaikum semua,
Saya Fadli merupakan salah seorang pengguna portal Tilljannah.my . Saya merupakan Pegawai Khidmat Pelanggan di syarikat swasta dan pasangan saya merupakan kerani di syarikat swasta juga.
Saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya penantian saya selama ini untuk mencari jodoh dah berakhir. Alhamdulillah saya dan pasangan telah berkahwin pada 11 Februari 2023.
Kami ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada pihak TillJannah kerana menyediakan kemudahan ini untuk mencari jodoh.
Pada dahulunya saya memang tidak percaya dan yakin untuk cari jodoh guna aplikasi online tapi atas nasihat rakan yang dah terbukti berjaya menggunakan aplikasi ini saya terus mencuba. Saya mula menggunakan TillJannah pertengahan Februari 2022. Selepas beberapa hari belajar dan faham cara apps TillJannah berfungsi saya naik taraf akaun kepada premium selama 3 bulan. Maka di sinilah kisah cinta kami bermula. Dalam memulakan perbualan saya hanya menghantar salam kepada pasangan saya.
Hati saya terdetik untuk berhubung dengan pasangan bila tengok gambar profile dan maklumat mengenai diri dia hati saya terasa sesuatu. Pertama kali saya jumpa keluarga pasangan pada majlis perkahwinan adiknya dan kebetulan hari tu juga hari jadi saya. Selepas jumpa keluarga pasangan masa hari tu, saya berniat untuk membawa hubungan kami ke arah lebih serius.
Pada awalnya, kami kenal selama 2 bulan kemudian kami terputus hubungan selama hampir dua bulan. Mungkin pada awal itu masih belum kena hati budi dengan baik dan memilih untuk bawa haluan masing-masing Tapi benarlah apa yang kita selalu dengar orang cakap "Bila dah Jodoh tidak akan ke mana". Kami kembali berhubung selepas raya, dan masing-masing memberi peluang untuk taaruf kali kedua.
Alhamdulillah kami telah bertunang pada 31 Julai 2022. Kami bertunang selama 6 bulan dan dalam tempoh ini sangat penting.
Setelah bertunang kami lebih mengenali antara satu sama lain dan belajar banyak perkara untuk membina hubungan dengan lebih baik.
Tanggal 11 Februari 2023, Alhamdulillah kami telah disatukan dengan ikatan pernikahan. Segala urusan untuk kami menjayakan majlis juga dipermudahkan.
Pesanan saya ini hanya berdasarkan pengalaman saya sahaja. Kepada calon di luar sana yang masih berusaha untuk cari jodoh teruskan usaha dan jangan sekali putus asa. Kita kena berusaha dengan pelbagai cara dan mungkin applikasi Tilljannah adalah salah satu cara terbaik untuk berkenalan dengan bakal pasangan hidup kita. Inn Shaa Allah dengan niat yang baik, sudah pasti Allah akan bantu dan perbanyakkan usaha dan berdoa.
Sekian kisah cinta kami. Terima kasih yang sudi membaca. Terima kasih sekali lagi kepada pihak TillJannah. Harapan saya semoga pihak TillJannah terus tambah baik lagi khidmat yang ditawarkan dan terus membantu orang ramai untuk mencari jodoh. Doakan kami juga dalam usaha untuk membina keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah.