Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Azehar & Nurhayati

Assalamualaikum

Saya Azehar dan pasangan hidup saya Nurhayati. Kami mula membuka akaun Till Jannah ini sekitar tahun 2017.

Saya mengetahui laman portal ini melalui iklan pencarian jodoh di Surat khabar Harian Metro. Terdetik dihati untuk cuba mencari calon isteri melalui portal TillJannah. Saya pegang kata pepatah melayu yang berbunyi "Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan".. InsyaAllah. Selain itu saya berdoa agar Allah pertemukan saya jodoh yang dapat membahagiakan hingga ke Jannah.

Portal ini saya rasa agak selamat kerana perlu mengisi semua maklumat lengkap tentang pengenalan diri sebelum menyertai, huraian tentang diri sendiri, huraian calon yang dicari.

Mula-mula saya cuba ambil pakej percubaan selama sebulan. Dalam tempoh 3 minggu mencari calon, saya tertarik pada ciri-ciri huraian maklumat tentang isteri saya. Kami berkenalan dalam talian menerusi peti masuk mesej laman portal TillJannah. Perkenalan yang singkat sehinggakan tidak sempat nak minta no telefon, tempoh aktif saya telah tamat.

Cubaan ke-2 saya aktifkan semula pakej selepas sebulan tidak aktif dan mengambil pakej aktif untuk 6 bulan. Misi pencarian isteri saya semula membuahkan hasil apabila isteri saya masih belum berpunya. Cepat-cepat saya minta no telefonnya.

Betullah orang dulu-dulu cakap, kalau dah jodoh tu, tak kan kemana. Beribu batu perginya, kalau dah jodoh, jumpa juga akhirnya. Hingga ke jinjang pelamin juga jawabnya.


Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi, Kami selamat diijabkabulkan dengan majlis yang sederhana, meriah dan dipermudahkan segala urusan.

Ringkasan tarikh-tarikh perkenalan kami:-

Masej peti masuk TillJannah : Ogos 2017
Mula berwhatsapp: 21.10.2017
Taaruf: 5.11.2017
Merisik : 30.06.2018, 16 syawal 1439H
Bertunang : 18.8.2018, 6 Zulhijjah 1439H
Nikah dan sanding : 17.8.2019, 16 Zulhijjah 1440H

Saya dan isteri mengucapkan ribuan terima kasih, asbab perkenalan di portal Tilljannah ini kami disatukan, akhirnya kami dapat merasai nikmatnya bercinta selepas bernikah.

Kami doakan semoga platform ini berjaya menyatukan lebih ramai lagi pasangan. InsyaAllah.

Doakan kami Semoga Allah satukan hati Azehar & Nurhayati dengan iman, keyakinan, tawakal dan umur yang panjang. Semoga dianugerahkan limpahan rezeki yang berkat, dekat dengan kebaikan, dijauhkan dengan keburukan serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Semoga diberikan ketenangan dunia dan akhirat, perkahwinan yang diberkati serta berkekalan sehingga akhir hayat. Aamiin.. Aamiin.. Ya Rabbal Alamin..
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh