Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Amin & Nissa

Assalamualaikum
Rezeki itu ALLAH hadirkan dalam pelbagai cara…

Tempoh perkenalan selama setahun lebih… 13 FEBRUARY 2021 bersamaan 1 REJAB...tarikh istimewa bagi kami alhamdulillah. Pernikahan PKP secara sederhana tapi sempurna...cantik perancangan ALLAH.

Saya menyertai TILL JANNAH dengan melanggan selama setahun dari awal tahun 2019. Tanpa rase malu saya berterus terang disini saya yang mulakan memberi salam pada suami saya kini. Ramai kenalan yang saya dapat dalam TILL JANNAH ini tapi hati saya tetap pilih suami saya sekarang, syukur alhamdulillah dipermudahkan segalanya untuk kami, bukan tiada dugaan dan cabaran yang kami lalui… itulah rezeki namanya.

(1) Pertama kali wassap-15 Sept 2019
(2) Pertama kali jumpa - 5 Okt 2019
(3) Pertama kali jumpa keluarga - 9 Nov 2019
(4) Tarikh bertunang - 7 Ogos 2020
(5) Tarikh bernikah - 13 Februari 2021

Solat istikharah kunci utama saya, berulang kali saya buat doa penghubung segalanya. Bukan mudah untuk buka hati saya yang selama 7 tahun saya kunci rapi. Tetapkan pilihan saya sebagai teman kekal abadi hingga syurga insyaAllah.Terima kasih team tilljannah.my jadi penghubung @ platform kepada yandg serious dan berusaha mencari jodoh.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, bujang / duda / janda dan SERIUS dalam mencari jodoh.