Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Fahmi & Hazwani

Assalamu'alaikum w.b.t.

Tempoh perkenalan yang boleh dikatakan agak singkat. Pada mulanya aku saja mencuba untuk dm secara rawak pada bulan Februari 2020. Ada yang membalas dan kemudiannya diam. Aku pasrah mungkin belum sampai lagi jodohku. Lalu ku diam. Aku serahkan segalanya pada Allah.

Kemudian, pada bulan Jun 2020 seseorang membalas dm ku. Pada waktu itu masing-masing masih ragu dan masih mencuba mencari jawapan, aku membuat sedikit 'test' pada si dia, dan alhamdulillah dia sabar dan tenang menghadapi 'test' tersebut disamping masing-masing mencari jawapan dalam istikharah. Alhamdulillah jawapan istikharah daripada Allah menunjukkan jawapan positif dari pihak diriku dan juga si dia. Allah telah menguatkan hatiku mengatakan dialah jodohku.

Pada bulan Ogos 2020 kami mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan. Disamping mencapai kata putus daripada keluarga kedua-dua belah pihak untuk melangsungkan pernikahan pada bulan November 2020. Walaupun diuji pada saat-saat akhir sebelum menjelang pernikahan, PKPB diumum dan larangan rentas daerah dilaksanakan pada tarikh 2 hari sebelum pernikahan. Namun, ikatan jodoh yang kuat Allah telah mudahkan segalanya sehingga ke tarikh pernikahan seperti yang direncanakan.

Alhamdulillah kini si dia yang cantik manis serta sabar dengan diriku telah sah menjadi isteriku. Mohon didoakan semoga mahligai yang baru dibina ini kekal hingga ke syurga, sentiasa diberkahi Allah serta diberi keluarga yang sakinah, mawaddah warahmah.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, bujang / duda / janda dan SERIUS dalam mencari jodoh.