Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Ruzaini & Farhana

Assalamualaikum wbt,

Saya dan suami berkenalan melalui portal Tilljannah.my sekitar Ogos 2019. Setelah berbalas mesej dalam portal, kami berhasrat untuk berjumpa dan pada 21 September 2019 saya membawa sepupu untuk berjumpa dengan beliau. Alhamdulillah, selepas sesi berjumpa dan berkenalan, pada 13 Jun 2020 kami merancang untuk berjumpa keluarga masing-masing setelah beberapa bulan mengenali hati budi .

Akhirnya pada tanggal 10.10.2020 kami telah selamat disatukan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis diadakan secara sederhana memandangkan sekarang masih dalam PKPP akibat covid - 19.

Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh team Tilljannah.My kerana telah menyediakan platform seperti ini untuk mencari jodoh. Semoga platform ini berjaya menyatukan lebih ramai lagi pasangan diluar sana.

Sekian.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh