Kenapa Jodoh Sampai Lambat?

Ketika anda melihat rakan-rakan semua mulai mendirikan rumahtangga, pasti anda tertanya-tanya “Bilalah giliran saya untuk bertemu jodoh..”. Walaupun jodoh itu merupakan rahsia Tuhan tetapi pernahkah anda memikirkan sebab-sebab yang boleh menyumbang kepada kelewatan seseorang itu daripada bertemu jodoh?

Jodoh itu akan hadir disaat yang paling tepat mengikut ketentuan Allah. Tetapi ada beberapa perkara dan hikmah di sebalik sebab kenapa jodoh anda sampai lambat berbanding orang lain. Antaranya…

  1. Perlu perbaiki diri

Ada manusia yang ibadatnya sempurna tetapi akhlaknya amat buruk. Contohnya, si dia merupakan seorang lelaki yang sering berjemaah di masjid, tetapi adab dan akhlaknya bersama ibu bapa tidak dijaga. Ibu bapa yang ada sering ditengking malah tidak dihormati. Ini boleh menjadi punca kepada kelewatan seseorang itu bertemu jodoh. Oleh itu, ambillah peluang ini untuk memperbaiki diri menjadi seseorang yang lebih baik bukan sahaja dari segi aspek ibadah malah akhlak dan juga sahsiah diri.

  1. Usaha belum mencukupi

Jika anda mahukan sesuatu, maka letakkan usaha yang bersungguh-sungguh. Jangan harapkan sesuatu itu untuk datang bergolek tanpa sebarang usaha. Jika anda mahu mencari jodoh, maka kerapkan diri untuk berdoa kepada Allah agar dipermudahkan jalan. Selain itu, anda boleh juga melewati laman portal cari jodoh Muslim yang amat mudah didapati seperti TillJannah.my. Jodoh itu perlu dicari dengan usaha, maka berusahalah dengan bersungguh-sungguh!

  1. Tidak direstui ibu bapa

Pernahkah anda mencintai seseorang tetapi si dia tidak direstui oleh ibu bapa? Jangan risau kerana jodoh kita tidak akan salah alamat. Mohonlah petunjuk daripada Allah agar diberikan jalan yang sebaiknya. 

  1. Kurang daya tarikan

Untuk menarik minat seseorang itu kita perlu mempunyai daya tarikan yang baik. Anda tidak semestinya perlu mengenakan pakaian yang berwarna terang atau membuat solekan yang berlebihan. Daya tarikan disini dapat dilihat dari pelbagai aspek. Contoh daya tarikan seseorang itu boleh menjadi senyumannya yang manis, tutur kata yang baik, pemakaian yang kemas dan banyak lagi.

  1. Menunggu yang terbaik

Pernahkah anda mendengar ungkapan, “Yang baik itu selalunya sampai lambat?” Ungkapan ini sesuai untuk digunakan dalam konteks jodoh. Jangan risau, jodoh lambat selalunya yang terbaik untuk anda. Tuhan Maha Mengetahui segala yang terbaik buat semua hamba-Nya.

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial
%d bloggers like this: