Tip Untuk Mencari Pasangan Hidup Anda!

Pernahkah anda mendengar orang kata “Jodoh jangan dicari, si dia akan datang dengan sendiri”? Jika ada, pernahkah anda mempersoalkan tentang kesahihan kenyataan ini? Adakah benar bahawa jodoh itu tidak perlu dicari dan ianya akan hadir tanpa kita perlu berusaha mendapatkannya?

Sudah tentu tidak benar. Jodoh mahupun rezeki itu harus diusahakan dengan pencarian yang bersungguh-sungguh. Jika kita inginkan sesuatu, sudah pasti kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Begitu juga dengan pasangan hidup. Tidak kira wanita ataupun lelaki, kedua-duanya perlu mengeluarkan usaha untuk mendirikan rumahtangga. Jadi sebagai seorang yang bujang, apakah cara yang boleh dilakukan dalam pencarian jodoh? 

Di sini akan kami kongsikan tip-tip mahupun lubuk untuk mendapatkan jodoh yang baik!

  1. Sertai Majlis Sosial

Nak cari jodoh, anda mesti kena selalu bersosial. Kalau duduk di dalam rumah sahaja, memang sampai ke tua tak berkahwin. Bersosial yang dimaksudkan di sini adalah seperti pergi ke majlis-majlis, bergaul dengan rakan sekerja, dan sebagainya. Sudah ramai yang dikatakan berkahwin dengan kenalan yang mereka jumpa di majlis kenduri kahwin, majlis pertemuan dan banyak lagi! Jangan segan, jangan malu. Mana tahu si dia yang dicari selama ini ada di majlis pertunangan rakan anda? 

  1. Gunakan Media Sosial

Media sosial merupakan salah satu medium yang paling mudah untuk mencari jodoh. Dengan kecanggihan teknologi pada zaman sekarang, gunakanlah segala kemudahan yang telah diciptakan dengan baik. Pastikan anda menggunakan media sosial ini dengan betul. Meskipun tidak semua yang ditunjukkan di alam maya ini boleh dipercayai, anda jadikanlah ia sebuah tempat yang baik seperti medium penyebaran ilmu dan perkongsian maklumat. Jangan sesekali menyalahgunakan kemudahan ini kerana buruk padahnya nanti. 

Media sosial ini boleh dijadikan sebagai titik perkenalan anda dengan seseorang yang diminati. Mungkin si dia yang diminati ini masih bujang dan bersedia untuk menerima seseorang dalam hidup mereka. Kalau tidak dicuba, maka sampai bila-bila pun tidak akan diketahui!

  1. Daftar di Portal Cari Jodoh

Lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut tahun baru 2021, tetapi masih lagi ramai jejaka dan wanita bujang di luar sana tidak memanfaatkan kemudahan ini. Di dalam Malaysia sahaja kita sudah mempunyai lebih daripada 10 portal cari jodoh, maka kenapa mesti menunggu lama lagi? Tetapi, sebelum anda berdaftar dengan portal sebegini, pastikan anda melakukan pemeriksaan latar belakang. Anda perlu lihat sama ada portal cari jodoh ini adalah selamat digunakan, sudah berapa calon bertemu jodoh, perlindungan maklumat diri, dan banyak lagi. Portal cari jodoh ini juga bagus untuk mereka yang malu-malu. Jangan risau, tiada istilah “Perigi Cari Timba” pun sebenarnya dalam Islam ni. Jika anda inginkan jodoh yang baik, maka anda harus berusaha untuk mencari di medium yang betul dan medium yang terbaik ialah Portal Cari Jodoh Muslim.

Bagi anda yang masih bujang, TillJannah.my sentiasa berusaha untuk memberikan servis yang terbaik untuk anda mencari jodoh yang serasi. 

  1. Bertanya dengan Kenalan

Biasanya ibu bapa kalau mereka melihat anaknya masih belum berpunya, mereka akan rajin bertanya dengan kenalan untuk mencarikan jodoh. Jika anda rasa tidak selesa dengan perkara ini, maka anda boleh bertanya sendiri dengan kenalan anda! Jangan segan untuk mendirikan masjid. Niat yang suci ini merupakan salah satu Sunnah Nabi SAW. Mulakan langkah anda sekarang. Bertanyalah dengan kenalan rapat atau rakan-rakan sekerja yang mempunyai kenalan bujang yang bersedia untuk mendirikan rumahtangga.

  1. Sertai Aktiviti Luar

PKPB juga telah ditamatkan di beberapa tempat dan aktiviti harian juga sudah boleh dijalankan seperti biasa. Jadi  gunakan kesempatan ini untuk menyertai aktiviti-aktiviti luar seperti program gotong-royong, aktiviti kesukarelaan, dan macam-macam lagi. Boleh jadi juga salah satu daripada mereka yang menyertai aktiviti ini merupakan bakal suami atau isteri anda!

  1. Mengadakan Perjumpaan

Aktiviti perjumpaan semula atau reunion dapat membantu anda mengimbau kembali kenangan bersama-sama rakan sekolah, universiti atau tempat kerja. Ramai juga mereka yang bertemu kembali dengan rakan lama dan akhirnya berkahwin. Majlis sebegini juga boleh dijadikan satu cara yang baik untuk mencari jodoh yang serasi.

Diharapkan dengan panduan yang diberikan dapat membantu anda yang masih bujang untuk mencari calon pasangan hidup yang serasi. Semoga berjaya!

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial
%d bloggers like this: