Kehilangan Seseorang? Kecewa Dengan Bekas Pasangan? Tak Tahu Nak Buat Apa?

Mungkin ramai di antara anda yang buntu memikirkan apa hendak dibuat selepas putus cinta dengan kekasih setelah menyulam cinta bertahun-tahun lamanya. Atau ada juga yang baru sahaja kehilangan seseorang yang disayanginya oleh sebab-sebab yang tidak dapat dijangka seperti kemalangan, serangan jantung, kematian mengejut dan sebagainya. 

Dalam fasa ini, anda akan menghadapi pelbagai reaksi emosi yang tidak menentu. Tetapi, jangan risau! Di sini akan kami sediakan beberapa panduan yang boleh digunakan untuk menghadapi kehilangan seseorang yang dikasihi.

  1. Ambil masa untuk bersedih

Dalam fasa awal menghadapi situasi seperti ini, anda tidak perlu memaksa diri untuk tidak bersedih. Ambil masa untuk fahami situasi tersebut. Jika anda ingin menangis, silakan. Sedangkan Nabi Muhammad SAW juga pernah bersedih sewaktu kewafatan isteri pertama baginda iaitu Saidatina Khadijah RA, apatah lagi kita yang hanya manusia biasa. Tetapi perlu diingatkan bahawa kita boleh bersedih cuma tidak berlebihan.

  1. Banyakkan beribadat dan berdoa

Di saat anda sedih dan gembira, Tuhan sentiasa ada bersama. Maka luangkan banyak waktu bersama Allah. Banyakkan berdoa dan memohon pertolongan dari-Nya. InshaAllah hati akan lebih tenang dan redha dengan segala ketentuan Tuhan.

  1. Luahkan pada orang yang rapat

Jika anda merasa kesunyian, carilah seseorang yang boleh dipercayai untuk meluahkan segala isi hati. Jangan sesekali memendam perasaan, ini akan membawa padah yang buruk pada masa yang akan datang. Sekiranya anda tidak mempunyai teman yang rapat, maka boleh juga hubungi talian Hotline seperti Befrienders KL atau berjumpa dengan pihak kaunseling untuk meluahkan kesedihan di hati.

  1. Jauhi bersendirian

Apabila kita sedang berada dalam keadaan sedih, Syaitan akan datang ingin berdamping. Oleh itu, jangan terlalu kerap bersendirian. Ini akan mendatangkan banyak situasi yang tidak dapat dijangka.

  1. Luangkan masa bersama orang tersayang

Sewaktu kita kehilangan seseorang yang kita kasihi, kita juga amat digalakkan untuk banyak meluangkan masa bersama orang-orang tersayang seperti ahli keluarga dan kawan-kawan. Selain itu, anda juga digalakkan untuk keluar pergi berjalan-jalan di taman untuk mengambil angin atau pergi bercuti di tempat yang tenang.

  1. Bersukan dan beriadah

Selain daripada meluangkan masa bersama ahli keluarga dan kawan-kawan, anda juga boleh keluar bersukan atau beriadah. Elakkan daripada mengurung diri di dalam rumah sahaja. Mungkin pada waktu pagi anda boleh keluar berjoging atau bersenam pada waktu petang.

  1. Wujudkan persekitaran yang positif

Aura positif amat penting dalam menghadapi situasi sebegini. Jika di dalam sesebuah rumah itu, anda boleh bergaul dengan orang yang kuat memberi sokongan serta dorongan, buka lagu-lagu tenang atau ceramah motivasi yang boleh menguatkan semangat diri, pasang wangian atau aroma terapi, dan banyak lagi. Elakkan diri anda daripada bercampur dengan orang yang negatif atau berada di sesuatu tempat yang tidak membantu anda untuk bangkit semula.

Sememangnya kehilangan sesuatu atau seseorang yang kita sayang itu tidak mudah untuk dihadapi. Diharapkan anda yang sedang berada di dalam situasi ini agar diberikan kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup yang baru. Percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 

Don’t be sad, indeed Allah is with you.

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial
%d bloggers like this: