Berkahwin memang best.. tetapi nak menempuhi bahtera perkahwinan itu penuh dengan cabaran. Apa-apa pun lengkapkan diri dengan ilmu sebelum melangkah ke alam perkahwinan. ❤️❤️❤️
5 PERKARA WANITA PERLU BELAJAR SEBELUM MENJADI ISTERI.
1. Belajar memandu. Zaman sekarang, sudah menjadi satu perkara yang penting untuk para wanita tahu memandu kereta. Bukan hanya tahu, tetapi perlu ada keberanian untuk memandu. Percayalah, wanita yang berani untuk memandu ini satu bonus dan pastinya dapat membantu sedikit sebanyak suami untuk menguruskan rumah tangga selepas berkahwin. Sekiranya ada hal kecemasan dan memerlukan isteri bergerak sendiri, tidak menjadi satu masalah untuk isteri menguruskan urusan tersebut.
2. Belajar menyusun masa. Susun masa dengan sebaik mungkin sebelum berkahwin. Selepas berkahwin, masa yang ada masih 24 jam sehari. Tetapi bagaimana untuk anda menyusun masa anda sebagai anak, isteri dan juga ibu nanti? Pengurusan masa yang baik berhubung kait dengan emosi seseorang. Pengurusan masa yang baik dapat membantu isteri memberi ruang kepada diri untuk ber “me time’ selepas penat bekerja dan menguruskan keluarga. Ambil sedikit masa untuk “me time” dengan melakukan aktiviti yang disukai. Contohnya, makan makanan kegemaran dengan tenang tanpa diganggu, pergi spa, menonton movie atau rancangan TV kegemaran.
3. Belajar “make-up” secara ringkas. Ambil tahu serba sedikit tentang langkah-langkah penjagaan diri dan wajah secara ringkas seperti moisturizer, sun block, foundation, bedak, lipstik dan sebagainya. Belajar dari awal supaya tidak kekok nanti selepas berkahwin. Make-up yang ringkas lebih memudahkan, pastinya akan timbul rasa lebih yakin pada diri apabila berhadapan dengan pasangan.
4. Belajar pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan sangatlah penting selepas berkahwin. Praktis mulai sekarang. Kalau sekarang anda seorang yang boros, latih dari sekarang untuk lebih berjimat cermat. Baca bahan bacaan tentang bab kewangan. Komitmen semasa bujang tidak sama komitmen selepas berkahwin. Selepas berkahwin banyak keperluan yang perlu diutamakan dan pastinya memerlukan banyak perbelanjaan. Sekiranya dapat pasangan yang boros, sudah menjadi tanggungjawab anda untuk menasihati pasangan tersebut dengan ilmu yang anda ada.
5. Belajar memasak. Jangan terkejut andai ada dalam kalangan wanita yang masih tidak dapat membezakan halia dengan lengkuas atau daun sup dengan daun ketumbar. Mulalah belajar memasak dari sekarang, menu yang simple dan ringkas pun tidak mengapa. Asalkan dapat ikat hati suami dengan air tangan isterinya.
Ambil tahu tau 5 perkara ini dan ambil peluang untuk belajar. Semoga bermanfaat !
Belum temui calon pasangan, daftar TillJannah.my hari ni.
Takut-takut nak tanya gaji bakal pasangan… Boleh ke tanya bakal pasangan tentang gaji?
Baru-baru ni viral, seorang gadis putuskan pertunangan selepas mengetahui gaji bakal suaminya hanya RM1,100 sebulan. Bukan nak cari salah dan kesilapan sesiapa. Tetapi kita cuba belajar sesuatu di sebalik kisah yang terjadi.
Tidak kira di mana sahaja kita berkenalan dengan seseorang, lalui proses taaruf dengan sebaik mungkin sebelum melangkah ke proses yang lebih serius lagi. Tambah lagi, kalau sudah melibatkan ahli keluarga mungkin akan jadi semakin rumit sekiranya perlu diputuskan tengah jalan.
Berbalik kepada soalan yang utama, bolehkan tanya bakal pasangan tentang gaji? Jawapannya adalah dibolehkan untuk bertanya soalan tersebut.
Bagi perempuan, semestinya ada rasa “insecure” dan perlukan kepastian daripada bakal pasangan yang bakal menjadi suami kerana suami itu bakal menjadi ketua keluarga. Tanggung Jawabnya besar untuk menyediakan keperluan asas kepada isteri tercinta. Tiada salahnya untuk seorang wanita itu tanya kepada bakal pasangannya.
Dengan syarat: 1. Tanyalah dengan berhemah dan bukan mahu merendah-rendahkan.. 2. Tanya pada masa yang sesuai. 3. Tanya bukan sekadar mahu “TEST MARKET’ 4. Sekiranya bakal pasangan tidak mahu menjawab, berlapang dada mungkin soalan itu terlalu peribadi untuk bakal pasangan jawab. 5. Sekiranya, anda sendiri tidak dapat menerima jawapan si dia dan perlu menolak perhubungan lebih serius, tolaklah dengan cara yang terbaik.
Bagaimana pula dengan isteri, adakah perlu bakal suami tahu berapakah gaji bakal isterinya?
Pasti ada yang mengatakan, duit isteri itu duit isteri, tiada hak ke atas suami. Duit suami itu duit isteri. Urusan ini, perlulah melihat kepada matlamat utama mengapa suami perlu tahu.
Kemungkinan ada yang memerlukan isteri untuk membantu dalam urusan rumahtangga dari segi kewangan. Apa-apa pun bergantung kepada situasi dan belajarlah untuk lebih terbuka serta berterus terang itu yang sebaiknya.
Bermula dari sini kita dapat tahu penerimaan pasangan terhadap status kewangan diri kita sama ada untuk teruskan perhubungan atau perlu berhenti setakat itu sahaja.
Ingatlah, tidak semua perempuan mencari lelaki yang besar gajinya, kecil pun tak mengapa asalkan boleh jadi imam solat jemaah dan ketua yang terbaik buat keluarga.
Belum ada calon pasangan? Daftarlah TillJannah.my sekarang ❤️❤️❤️
Baru-baru ni Min dapat soalan, “Betul ke apabila mimpi si dia tanda istikharah terjawab yang dia jodoh kita? Boleh ke percaya itu sebagai tanda doa istikharah terjawab?”
Mimpi yang kita lalui itu bukanlah 100% untuk kita katakan adalah betul bahawa itu petanda istikharah menjawab dari doa-doa kita selama ini. Boleh jadi disebabkan kita asyik terbayang-bayang si dia sehingga wajah si dia masuk ke alam mimpi.
Sebenarnya petunjuk atau keputusan kepada jawapan istikharah tidak semestinya melalui mimpi. Kadang kala ia datang dalam bentuk bayangan dan ketenangan dalam hati.
Majoriti ulama juga memberikan jawapan ada 3 petanda istikharah kita terjawab. Min sampaikan ya:
1. Rasa ketenangan dalam hati untuk memilih sesuatu perkara.
2. Kita di dorong ke arah pilihan tersebut untuk kita buat.
3. Mimpi.
Apa-apapun lakukan istikharah dengan lapang dada dan bersangka baik setiap pilihan yang Allah dah aturkan dalam hidup kita.
Yakinlah pasti ada hikmah setiap apa yang berlaku.
Dalam rekod At-Thobrani (980), dikatakan bahawa Rasulullah berkata, “Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan Istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka berIstisyarah”.
Apakah yang dimaksudkan Istikharah dan istisyarah? Istikharah adalah solat sunat dua rakaat memohon petunjuk dan jawapan daripada Allah bagi memilih jawapan yang lebih baik antara dua pilihan. Manakala, Istisyrah pula adalah perbincangan atau mesyuarat.
Oleh itu, hanya sekadar melakukan istikharah sahaja tetapi perlulah diiringi dengan istisyarah dengan bertanyakan kepada mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang tersebut. Akhirnya balik ke alam realiti, berbincang, menimbang pro & kontra sebelum membuat sesuatu keputusan.
Soalan ini kerap kali kami terima, berapa lama tempoh masa yang diperlukan untuk seseorang taaruf?
Adakah sebulan?
3 bulan?
6 bulan?
Setahun?
3 tahun?
Secara umumnya, tiada sesuatu tempoh yang ditetapkan untuk seseorang lalui proses taaruf. Tetapi, proses taaruf ini sepatutnya tidaklah terlalu lama dan tidaklah terlalu singkat sangat. Sekadar memadai dan mencukupi untuk anda tahu perkara-perkara penting yang anda patut tahu sebelum membuat keputusan sama ada mahu teruskan atau pun tidak.
Apakah perkara penting yang patut anda tahu dan tanya kepada bakal pasangan? Tanyalah si dia tentang…
– kewangan
– latar belakang diri
– latar belakang keluarga
– kerja & hobi
– agama dan akhlak
– pendidikan
Dan banyak lagi perkara yang boleh anda tanya dalam sesi taaruf.
Sebaiknya tetapkan sesuatu tempoh masa taaruf yang dikehendaki dan maklumkan tempoh tersebut kepada calon pasangan supaya masing-masing jelas dengan matlamat seterusnya.
Percayalah, proses taaruf adalah proses mencari keserasian antara pasangan. Belajar untuk lebih terbuka, kemahiran komunikasi dan kemahiran berbincang.
Ingatlah proses taaruf berjalan bukan hanya sebelum pertunangan, proses ini diteruskan selepas pertunangan dan sepanjang menjadi suami isteri yang sah. Hari-hari kita latih diri untuk belajar perkara baru tentang pasangan. Boleh kan?
Belum jumpa calon pasangan yang sesuai? Mulakan langkah anda harini ini bertaaruf dengan calon-calon yang ada dalam Portal TillJannah.my. Boleh pilih negeri, umur, kriteria yang anda minat untuk berkenalan.
P/S- Daftar TillJannah.my sekarang dan lalui proses taaruf dengan tenang dan lapang dada. Moga ada sinar harapan terbaik untuk anda yang baca dalam bulan Ramadan ini.
Recent Comments