Boleh ke tanya gaji bakal pasangan?

Takut-takut nak tanya gaji bakal pasangan… Boleh ke tanya bakal pasangan tentang gaji?

Baru-baru ni viral, seorang gadis putuskan pertunangan selepas mengetahui gaji bakal suaminya hanya RM1,100 sebulan. Bukan nak cari salah dan kesilapan sesiapa. Tetapi kita cuba belajar sesuatu di sebalik kisah yang terjadi. 

Tidak kira di mana sahaja kita berkenalan dengan seseorang, lalui proses taaruf dengan sebaik mungkin sebelum melangkah ke proses yang lebih serius lagi. Tambah lagi, kalau sudah melibatkan ahli keluarga mungkin akan jadi semakin rumit sekiranya perlu diputuskan tengah jalan. 

Berbalik kepada soalan yang utama, bolehkan tanya bakal pasangan tentang gaji?
Jawapannya adalah dibolehkan untuk bertanya soalan tersebut.

Bagi perempuan, semestinya ada rasa “insecure” dan perlukan kepastian daripada bakal pasangan yang bakal menjadi suami kerana suami itu bakal menjadi ketua keluarga. Tanggung Jawabnya besar untuk menyediakan keperluan asas kepada isteri tercinta. Tiada salahnya untuk seorang wanita itu tanya kepada bakal pasangannya.

Dengan syarat:
1. Tanyalah dengan berhemah dan bukan mahu merendah-rendahkan..
2. Tanya pada masa yang sesuai.
3. Tanya bukan sekadar mahu “TEST MARKET’
4. Sekiranya bakal pasangan tidak mahu menjawab, berlapang dada mungkin soalan itu terlalu peribadi untuk bakal pasangan jawab.
5. Sekiranya, anda sendiri tidak dapat menerima jawapan si dia dan perlu menolak perhubungan lebih serius, tolaklah dengan cara yang terbaik.

Bagaimana pula dengan isteri, adakah perlu bakal suami tahu berapakah gaji bakal isterinya?

Pasti ada yang mengatakan, duit isteri itu duit isteri, tiada hak ke atas suami. Duit suami itu duit isteri. Urusan ini, perlulah melihat kepada matlamat utama mengapa suami perlu tahu.

Kemungkinan ada yang memerlukan isteri untuk membantu dalam urusan rumahtangga dari segi kewangan. Apa-apa pun bergantung kepada situasi dan belajarlah untuk lebih terbuka serta berterus terang itu yang sebaiknya.

Bermula dari sini kita dapat tahu penerimaan pasangan terhadap status kewangan diri kita sama ada untuk teruskan perhubungan atau perlu berhenti setakat itu sahaja.

Ingatlah, tidak semua perempuan mencari lelaki yang besar gajinya, kecil pun tak mengapa asalkan boleh jadi imam solat jemaah dan ketua yang terbaik buat keluarga.

Belum ada calon pasangan?
Daftarlah TillJannah.my sekarang ❤️❤️❤️

About the author

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial
%d bloggers like this: