Kesalahan-Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Dalam Solat

  1. Melambatkan Solat Fardhu sehingga ke penghujung waktu

Sebaik-baiknya teruslah mengejarkan solat fardhu sesudah masuknya waktu solat. Jangan melewatkan solat anda. Apabila anda menyegerakan waktu solat, hati akan menjadi lebih tenang dan tenteram. Masa anda juga akan lebih lapang dan mudah untuk diurus selepas mengerjakan solat.

  1. Tidak khusyuk

Firman Allah SWT dalam Surah al-Mu’minun, ayat 1 dan 2…

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.”

Mereka yang khusyuk di dalam solat bukan sahaja telah meraih kejayaan malah mendapat ketenangan di dalam jiwa. Lupakan segala urusan serta masalah dunia dan fokuskan tumpuan anda hanya kepada Allah SWT sahaja. Solat yang tidak disertai dengan khusyuk adalah sia-sia.

  1. Solat dalam keadaan yang terburu-buru

Jangan sesekali solat di dalam keadaan yang terburu-buru. Apabila anda solat dalam keadaan sebegitu, khusyuk juga susah untuk dicapai. Ambillah masa untuk menghayati setiap bacaan yang ditutur. Sesungguhnya Allah SWT itu pemegang masa! Berserahlah kepada Allah agar setiap urusan anda itu dipermudahkan oleh-Nya.

  1. Berjalan di hadapan orang yang sedang solat

Elakkan daripada melewati di hadapan orang yang sedang menunaikan solat. Perkara ini bukan sahaja akan mengganggu tumpuan si dia yang sedang beribadat malah dianggap kurang sopan. Sekiranya anda terdesak, letakkan sesuatu seperti beg atau kain di hadapan kiblat sebagai penghalang dari mengganggu mereka yang sedang beribadah.

  1. Tidak membersihkan diri terlebih dahulu

Perkara ini sering diambil mudah. Bagi wanita, pastikan anda membersihkan solekan di wajah serta najis-najis yang masih lekat di badan. Begitu juga dengan lelaki, pastikan pakaian yang dibawa solat itu bersih dari semua jenis najis. Pakaian yang tidak bersih itu boleh menjadi punca kepada tidak sahnya solat kita.

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial
%d bloggers like this: