Membina Sebuah Keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah

Sebuah keluarga yang saling menyayangi dan menyokong antara satu sama lain akan kekal bersama sehingga ke akhir hayat. Sebuah keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah dimaksudkan dengan penuh ketenangan, kebahagiaan dan kerahmatan. Untuk membina keluarga bahagia, institusi kekeluargaan harus kuat dari segi semua aspek terutamanya dalam kerohanian dan moral

Bermulanya dari sebelum pernikahan, pasangan lelaki dan wanita harus mendalami ilmu rumahtangga serta kekeluargaan. Pasangan suami isteri harus fahami tanggungjawab mereka terlebih dahulu bagi menjayakan mahligai yang dibina. Dan apabila munculnya cahaya mata, maka disini bermulalah kehidupan kekeluargaan. Suami isteri yang kini bergelar ibu bapa haruslah menjadi contoh yang terbaik buat anak-anak. Ini kerana pendidikan awal kanak-kanak bermulanya daripada rumah. 

Jadi bagaimanakah caranya untuk membina sebuah keluarga yang dilimpahi dengan keharmonian dan kerahmatan Allah SWT? 

  1. Sering solat berjemaah

Solat berjemaah merupakan salah satu cara yang paling tepat untuk merapatkan hubungan bersama ahli keluarga. Ahli keluarga lelaki boleh mengambil giliran untuk mengimamkan para jemaah yang tinggal bersama di rumah. Ini kerana mereka yang solat bersama, inshaAllah akan kekal bersama sehingga ke syurga Allah SWT.

  1. Saling mendoakan

Doa merupakan senjata umat Islam yang paling hebat. Bagi mengekalkan ukhuwah yang dibina, ahli keluarga wajib mendoakan antara satu sama lain. Selalulah berdoa agar Allah SWT pelihara institusi kekeluargaan anda dengan penuh kasih sayang, kesejahteraan dan kebahagiaan. 

  1. Membina cinta terhadap Illahi

Cinta terhadap Illahi amat penting dalam memastikan keberkatan sesebuah keluarga. Jika ibu bapa tidak mendidik anak-anak untuk menunaikan solat, menutup aurat atau membaca al-Qur’an, maka binasalah Ukhrawi mereka. Ibu bapa wajib mengajar anak-anak untuk memahami kepentingan Rukun Islam dan Iman, Fardhu Kifayah dan Fardhu Ain serta memupuk kecintaan terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya. 

  1. Dipenuhi dengan aura positif

Keluarga bahagia haruslah sentiasa diselubungi dengan aura yang positif. Jika anda terus menerus mengeluarkan kata-kata yang tidak enak, perkara ini sudah pasti akan memberi impak yang negatif terhadap tumbesaran anak-anak anda.

  1. Saling hormat-menghormati

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Peribahasa ini amat sesuai untuk mengajar kita supaya mendidik anak-anak dari mereka masih kecil. Sifat hormat harus dididik agar permasalahan seperti sifat kurang ajar, biadap atau tidak mendengar kata dapat dijauhi. 

  1. Saling menyokong dan membantu

Keluarga yang bahagia mestillah saling menyokong dan membantu disaat susah dan senang. Jika ada diantara ahli keluarga anda sedang dilanda kesusahan, maka anda harus menjadi orang pertama yang membantu mereka. Ahli keluarga haruslah saling menyokong antara satu sama lain bagi mengekalkan hubungan sehingga ke akhir hayat!

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial
%d bloggers like this: