Buntu Berbual Dengan Pasangan Introvert? Ini 5 Cara Untuk Berbual Dengan Pasangan Introvert…

Buntu Berbual Dengan Pasangan Introvert? Ini 5 Cara Untuk Berbual Dengan Pasangan Introvert…

Pernah atau tidak anda merasakan terlalu sukar untuk bergaul dengan pasangan yang memiliki personaliti introvert?

Tidak hairan jika perkara seperti ini berlaku kerana mereka merupakan personaliti yang tidak banyak bicara, sukar mengungkapkan isi hati dan pemikiran secara terbuka. Marti Olsen Laney dalam buku The Introvert Advantage berkongsi bahawa golongan introvert ini memerlukan waktu untuk berfikir sebelum memberi respon balas terhadap kejadian di dunia luar. 

Jadi, bagi anda yang memiliki personaliti berlawanan iaitu ekstrovert, mari kita belajar kaedah terbaik untuk berkomunikasi dengan pasangan introvert anda.

  1. Dilarang mencelah 

Individu introvert memerlukan banyak tenaga untuk melanjutkan perbicaraannya. Hal ini kerana mereka mengambil masa untuk berfikir dan menyusun perkataan dengan baik sebelum melontarkannya. Justeru, ketika mereka berbicara dengarkan setiap percakapan mereka dengan baik tanpa mencelah.

Dengarkan sehingga mereka selesai kemudian baru utarakan idea atau perasaan anda kepadanya. Sebaik-baiknya rancang dan maklumkan terlebih dahulu jika anda ingin berbincang sesuatu perkara dengannya. Ini akan membantu mereka untuk bersedia dengan lebih awal dalam perbincangan tersebut.

  1. Duduk dengan tenang

Duduk dengan baik dan tenang di samping pasangan introvert anda di saat dia berehat di sisi anda. Hal ini menunjukkan bahawa pasangan anda mungkin keletihan dan ingin berkongsi rasa dengan anda. Ketika dia berbicara, pastikan anda memberi respon balas dan mendengar dengan baik. Ini akan membuatkan pasangan anda rasa amat dihargai.

  1. Beri peluang kepadanya untuk berbicara

Individu introvert terkenal dengan karakter pendengar yang baik. Walaupun begitu, selain membiarkannya terus mendengar pastikan anda juga membuka ruang untuknya berbicara. Anda boleh bertanyakan tentang bagaimana hari yang dilaluinya atau apa-apa sahaja sebagai pembuka untuk memujuknya berbicara.

  1. Berkomunikasi secara tulisan

Anda boleh mewarnai kehidupannya dengan pelbagai tulisan-tulisan atau kata-kata romantik melalui kad ucapan atau pesanan ringkas di telefon. Hal ini kerana individu introvert sangat menyukai komunikasi yang tidak memerlukannya untuk bersuara. Mereka lebih memilih untuk menulis atau membaca berbanding memberi respon secara lisan.

  1. Gunakan komunikasi nonverbal

Ada ketikanya pasangan introvert anda amat sukar untuk berbicara dan berkongsi perasaan yang dialaminya. Untuk membuatkan pasangan anda rasa tenang dan dihargai, gunakan komunikasi nonverbal seperti memegang tangannya atau berpelukan di saat dia memerlukan. 

Selamat beramal dan menyemai cinta dengan aman bersama pasangan introvert anda. 
Perlukan khidmat kaunseling, boleh layari www.tilljannah.my/kaunseling ya !

Adakah mimpi si dia petunjuk dari Solat Istikharah?

Adakah mimpi si dia petunjuk dari Solat Istikharah?

Baru-baru ni Min dapat soalan, “Betul ke apabila mimpi si dia tanda istikharah terjawab yang dia jodoh kita? Boleh ke percaya itu sebagai tanda doa istikharah terjawab?”

Mimpi yang kita lalui itu bukanlah 100% untuk kita katakan adalah betul bahawa itu petanda istikharah menjawab dari doa-doa kita selama ini. Boleh jadi disebabkan kita asyik terbayang-bayang si dia sehingga wajah si dia masuk ke alam mimpi.

Sebenarnya petunjuk atau keputusan kepada jawapan istikharah tidak semestinya melalui mimpi. Kadang kala ia datang dalam bentuk bayangan dan ketenangan dalam hati.

Majoriti ulama juga memberikan jawapan ada 3 petanda istikharah kita terjawab. Min sampaikan ya:

1. Rasa ketenangan dalam hati untuk memilih sesuatu perkara.

2. Kita di dorong ke arah pilihan tersebut untuk kita buat.

3. Mimpi.

Apa-apapun lakukan istikharah dengan lapang dada dan bersangka baik setiap pilihan yang Allah dah aturkan dalam hidup kita. 

Yakinlah pasti ada hikmah setiap apa yang berlaku.

Dalam rekod At-Thobrani (980), dikatakan bahawa Rasulullah berkata,
“Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan Istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka berIstisyarah”.

Apakah yang dimaksudkan Istikharah dan istisyarah?
Istikharah adalah solat sunat dua rakaat memohon petunjuk dan jawapan daripada Allah bagi memilih jawapan yang lebih baik antara dua pilihan. Manakala, Istisyrah pula adalah perbincangan atau mesyuarat.

Oleh itu, hanya sekadar melakukan istikharah sahaja tetapi perlulah diiringi dengan istisyarah dengan bertanyakan kepada mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang tersebut.
Akhirnya balik ke alam realiti, berbincang, menimbang pro & kontra sebelum membuat sesuatu keputusan.

Belum ada calon pasangan?

Daftarlah TillJannah.my sekarang  ❤️❤️

Berapa lama tempoh untuk ta’aruf?

Berapa lama tempoh untuk ta’aruf?

Berapa lama tempoh untuk taaruf?

Soalan ini kerap kali kami terima, berapa lama tempoh masa yang diperlukan untuk seseorang taaruf? 

Adakah sebulan?

3 bulan?

6 bulan?

Setahun?

3 tahun?

Secara umumnya, tiada sesuatu tempoh yang ditetapkan untuk seseorang lalui proses taaruf. Tetapi, proses taaruf ini sepatutnya tidaklah terlalu lama dan tidaklah terlalu singkat sangat. Sekadar memadai dan mencukupi untuk anda tahu perkara-perkara penting yang anda patut tahu sebelum membuat keputusan sama ada mahu teruskan atau pun tidak.

Apakah perkara penting yang patut anda tahu dan tanya kepada bakal pasangan? Tanyalah si dia tentang…

– kewangan

– latar belakang diri

– latar belakang keluarga

– kerja & hobi

– agama dan akhlak

– pendidikan

Dan banyak lagi perkara yang boleh anda tanya dalam sesi taaruf.

Sebaiknya tetapkan sesuatu tempoh masa taaruf yang dikehendaki dan maklumkan tempoh tersebut kepada calon pasangan supaya masing-masing jelas dengan matlamat seterusnya.

Percayalah, proses taaruf adalah proses mencari keserasian antara pasangan. Belajar untuk lebih terbuka, kemahiran komunikasi dan kemahiran berbincang.

Ingatlah proses taaruf berjalan bukan hanya sebelum pertunangan, proses ini diteruskan selepas pertunangan dan sepanjang menjadi suami isteri yang sah. Hari-hari kita latih diri untuk belajar perkara baru tentang pasangan. Boleh kan?

Belum jumpa calon pasangan yang sesuai? Mulakan langkah anda harini ini bertaaruf dengan calon-calon yang ada dalam Portal TillJannah.my. Boleh pilih negeri, umur, kriteria yang anda minat untuk berkenalan.

P/S- Daftar TillJannah.my sekarang dan lalui proses taaruf dengan tenang dan lapang dada. Moga ada sinar harapan terbaik untuk anda yang baca dalam bulan Ramadan ini.

>>>> TillJannah.my

Kenapa Takut Sangat Nak Kahwin? Baca 7 Sebab Ini Kenapa Orang Takut Nak Kahwin…

Kenapa Takut Sangat Nak Kahwin? Baca 7 Sebab Ini Kenapa Orang Takut Nak Kahwin…

1. Sebab ingat kena jadi perfect dahulu barulah boleh kahwin
Perkahwinan adalah medan atau madrasah yang mana pasangan perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Tak perlu jadi perfect, tetapi kita cuba untuk membuat persediaan semampu kita. Jangan “over the limit” nanti kita sendiri yang penat.
Buat Isteri, jangan expect suami akan terus memimpin. Kepada suami, jangan ingat, isteri akan terus pandai serba-serbi dalam kehidupan berumah tangga.

2. Selalu tengok masalah rumah tangga di sekeliling

Fakta, setiap rumah tangga pasti ada masalah dan ujian yang berbeza. Tapi sebenarnya bergantung bagaimana pasangan tersebut menyelesaikan masalah dan menyembunyikan masalah tersebut daripada orang luar daripada tahu apa yang berlaku. Sembunyikan disini bermakna, pasangan perlu melakukan tindakan demi menyelamatkan rumah tangga yang dibina.

3. Takut tersalah pilih
Jodoh itu rahsia Allah, tidak ada satu pertemuan pun dalam hidup kita ini sia-sia. Jadi, percaya dengan aturan Dia dan percaya bahawa aturan tersebut adalah aturan yang paling cantik sekali daripada Dia.

4. Takut lepas kahwin nanti pasangan akan berubah hati

Ingatlah satu perkara ini, dalam dunia ini tiada jaminan akan jadi milik kita selamanya. Lakukan dengan cara yang terbaik dan serahkan kepada Allah segalanya.

5. Dah selesa hidup single
Itu ini dah terbiasa buat sendiri. Kalau tak buat sendiri siapa nak tolong buat kan? Yaa betul, apabila terlalu lama single pastinya membuatkan diri kita terpaksa untuk berdikari. Bukan setakat dah selesa, orang pun takut nak dekat dengan kita. Mulalah macam-macam persepsi datang, takut yang datang itu hanya mengambil kesempatan.

6. Takut kejadian dan pengalaman lama berulang lagi

Tidak dinafikan pasti anda yang takut kejadian lama berulang lagi. Pastinya ada dalam kalangan kita yang masih dibayangi dan sedang berusaha untuk move on lagi dari kisah silam. Ketakutan begini memerlukan masa untuk sembuh dari luka. Ambil masa untuk rawat diri dahulu untuk teruskan perhubungan yang baru ya.

7. Masalah kewangan
Masalah kewangan ini terlalu ramai yang masih menghitung dan membuat kira-kira untuk perbelanjaan perkahwinan. Bagi lelaki nak kena fikir hantaran lagi, majlis kahwin lagi. Belanja besar juga tu kalau nak langsungkan perkahwinan.

Apa-apa pun all the best okay!
Semoga berjumpa dengan jodoh yang terbaik. Percayalah, ketakutan yang kita hadapi ini pasti ada jalan keluar dengan cara kita membuat persiapan lebih awal lagi. Teruskan berdoa semoga segala urusan kita dipermudahkan ya!

Temui calon pasangan anda di TillJannah.my, Daftar sekarang !

Seronok Ke Kahwin?

Seronok Ke Kahwin?

Mungkin ada yang di antara pembaca kami terfikir “Seronok ke kahwin ni?” atau “Susah ke kahwin ni?”. Jawapannya akan berbeza mengikut pengalaman orang-orang yang sudah atau pernah berkahwin. Akan ada yang menyatakan kehidupan  berkahwin ini sungguh indah dan mungkin ada yang menyatakan kehidupan sebelum berkahwin itu lebih seronok. Jawapannya akan bergantung kepada orang yang disoal oleh kerana topiknya yang bersifat subjektif. 

Tetapi fokus kami pada hari ini ialah untuk menceritakan kepada anda tentang manfaat-manfaat yang akan anda dapat dalam perkahwinan!

  1. Teman berdamping

Apabila anda berkahwin, anda akan mempunyai seorang teman berdamping di saat gembira dan duka! Anda boleh bercerita dan berkongsi tentang apa-apa sahaja tak kira masa dan waktu. Si dia akan ada menemani anda di saat susah dan senang. 

  1. Pendengar luahan hati

Antara perkara yang paling seronok apabila sudah berkahwin ialah anda akan mempunyai pendengar yang setia. Anda boleh mengadu tentang hari anda dan si dia akan setia sahaja mendengar. Jika pasangan anda sejenis yang pendiam, anda lah yang harus menceriakan rumahtangga tersebut dengan cerita-cerita atau celoteh yang boleh mencuit hati pasangan.

  1. Ganjaran pahala yang mudah

Tahukah anda bahawa perkahwinan ini merupakan salah satu ibadah yang mudah untuk mendapatkan pahala! Anda senyum manis ke suami mahupun isteri dan membuat pasangan anda gembira pun sudah mendapat ganjaran pahala. Selagi rumahtangga yang dibina itu atas dasar cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, inshaAllah alam perkahwinan anda akan diberkati dan berkekalan sehingga ke syurga.

  1. Senang masuk syurga

Betul ke kalau berkahwin ini mudah masuk syurga? Jawapannya ya! Perkahwinan merupakan satu tiket mudah untuk ke syurga jika mahligai yang dibina berdasarkan syariat Islam. Ganjaran besar akan diberikan buat pasangan yang saling mengingatkan antara satu sama lain tentang suruhan Allah SWT, mendirikan solat berjemaah, berkasih sayang kerana Allah dan banyak lagi. 

  1. Mendapat pahala Sunnah

Berkahwin itu merupakan Sunnah Nabi Muhammad SAW yang amat digalakkan sekiranya anda berkemampuan. Bukan sahaja anda mengikuti ajaran Rasulullah SAW malah anda mendapat pahala kerana berbuat demikian. Perkahwinan merupakan salah satu cara untuk mengelakkan diri daripada perkara maksiat dan zina. Jika anda sudah berkemampuan dari segi semua aspek, maka sebaiknya disegerakan.