Perkara-Perkara Yang Lelaki Tidak Sukai Apabila Wanita Melakukannya

silhouette of person wearing hoodie standing near cliff with clouds ahead during golden hour

Kaum lelaki amat jarang bersuara mengenai perkara yang tidak disukainya. Mereka lebih gemar untuk berdiam diri demi menjaga hati pasangannya. Tetapi harus diketahui, bagi mengelakkan perkara menjadi lebih buruk, disarankan kaum lelaki untuk menyatakan apa yang terbuku di dalam hati agar pasangan anda juga dapat memahami anda dengan lebih baik. 

Seringkali kita terbaca penulisan mengenai perkara-perkara yang wanita tidak gemari lelaki buat seperti melepak sehingga berjam-jam, lambat membalas mesej, merokok dan sebagainya. Bagaimana pula dengan perkara-perkara yang lelaki tidak disukai apabila wanita melakukannya? 

  1. Berleter atau membebel

Lelaki sangat tidak suka dileteri terutamanya apabila mereka sedang penat. Sebagai seorang pasangan yang baik, anda boleh biarkan si dia untuk bertenang dan berehat terlebih dahulu. Pastikan mereka dalam keadaan yang okay sebelum memberitahu luahan hati anda.

  1. Tergedik-gedik di hadapan khalayak ramai

Wanita yang gemar mempamerkan sifat gedik di hadapan orang ramai selalunya akan ditegur oleh lelaki yang disayanginya. Contohnya seperti tertawa dengan kuat, terkinja-kinja, dan yang seangkatan dengannya. Sebaiknya jagalah adab kita walau dimana sahaja kita berada bagi mengelakkan daripada fitnah atau mata-mata yang berniat jahat terhadap anda. 

person forming heart shape with their hands
  1. Menyelongkar tanpa izin

Kaum lelaki amat pantang apabila privasi mereka dicerobohi. Jika anda seorang yang gemar menyelongkar barang-barang peribadi pasangan lelaki anda seperti telefon bimbit, komputer riba atau beg dompet, sebaiknya anda berhenti berbuat demikian. Perkara ini akan membuat mereka rasa seolah-olah tiada kepercayaan di dalam hubungan yang dibina. Sekiranya anda ingin melihat telefon bimbit si dia, pastikan anda memohon keizinannya terlebih dahulu. 

  1. Meninggikan suara

Jangan sesekali meninggikan suara apabila berbicara dengan suami atau ayah anda. Pastikan anda mempunyai rasa hormat terhadap suami sebagai pemberi nafkah dan ketua keluarga. Jika anda tidak berpuas hati dengannya, nyatakan luahan tersebut dengan nada yang betul dan pastikan rasa hormat terhadap si dia sebagai suami itu tetap wujud.

  1. Tidak mendengar kata atau melawan

Sebagai seorang isteri, janganlah kita sesekali melawan kata-kata si suami melainkan si suami menyuruh anda melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Jika pasangan lelaki anda menasihati untuk menutup aurat, berkelakuan sopan, atau tidak berboros, jangan pula anda melawan. Terimalah nasihat tersebut sebagai tanda sayangnya si dia terhadap anda. Jauhi sifat keras kepala yang tidak mendatangkan apa-apa faedah sekali pun!

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial