Kadang-kadang kita merasa si dia seperti sukakan kita. Kadang-kadang itu cuma perasaan kita sahaja. Jadi bagaimana cara nak tahu seseorang wanita itu meminati kita? Adakah dengan bertanya kepada mereka? Atau berterus terang sahaja tentang perasaan anda? Jika anda seorang yang tidak takutkan ‘rejection’, mungkin dengan meluahkan perasaan anda adalah cara yang terbaik. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang agak pemalu?

Oleh itu, mari kita baca antara tanda-tanda untuk mengetahui sama ada wanita itu sukakan anda atau tidak!

  1. Meluangkan masa untuk anda

Perkara ini tidak dinafikan bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai perasaan suka atau sayang terhadap seseorang itu pasti sanggup meluangkan masa untuk orang tersebut. Jika wanita itu sanggup membahagikan masa untuk membalas mesej, mendengar luahan hati, dan menolong anda di saat kesusahan, pasti si dia juga mempunyai perasaan terhadap anda! 

  1. Mengambil berat tentang anda

Seseorang wanita yang sukakan anda akan rajin mengambil tahu tentang anda. Si dia akan sering bertanya khabar tentang anda dan ingin mengetahui lebih mendalam mengenai perkembangan terkini diri anda. 

  1. Cemburu dan merajuk dalam diam

Wanita merupakan sejenis makhluk yang amat kuat sifat cemburunya. Namun jarang sekali sifat cemburu mereka ini ditunjuk secara terang-terangan. Sekiranya anda perhatikan si dia tiba-tiba malas melayan anda atau lewat membalas mesej anda, mungkin juga si dia sedang merajuk dengan anda! Barangkali dia sedang cemburu jika anda memberi layanan lebih kepada wanita lain atau mungkin juga anda ada melakukan sesuatu yang tidak dia sukai. 

  1. Memerhatikan anda dari jauh

Jika anda pernah tertangkap si dia curi-curi melihat anda, kemungkinan besar wanita itu mempunyai perasaan suka terhadap anda. Wanita juga mempunyai ego yang agak tinggi, terutama dalam mengakui perasaannya. Jadi, jika si dia suka melihat anda, boleh dikatakan dia menyukai anda dalam diam tetapi mengharapkan anda untuk memulakan langkah terlebih dahulu. 

  1. Berketerampilan cantik 

Wanita yang sukakan seseorang lelaki itu sanggup meletakkan usaha yang tinggi untuk mencantikkan dirinya. Dia akan berpakaian cantik atau berketerampilan kemas dan bersih untuk menarik minat anda. Jadi sebagai seorang lelaki, jika anda juga mempunyai perasaan suka terhadap si dia, anda boleh mengambil langkah dengan menyamakan usaha anda dengannya. Anda boleh cuba mengenakan pakaian bersih dan kelihatan kemas apabila bertemu dengan si dia. Ini kerana wanita amat suka bila anda meletakkan usaha yang tinggi dalam memikatnya!

Tanda-tanda ini boleh dijadikan petunjuk bahawa si dia mungkin sukakan anda dalam diam. Namun, boleh jadi juga mungkin dia baik dengan anda atas dasar selesa berkawan.

Cara paling tepat untuk mengetahui jika si dia benar sukakan anda ialah dengan bertanya atau berterus terang sahaja tentang perasaan anda. Jika anda tidak berani, boleh juga menggunakan orang tengah untuk menyampaikan hasrat anda tersebut.

Semoga berjaya!