Tentang Kami

TillJannah.my telah ditubuhkan pada awal Mac 2016. Cetusan idea muncul apabila melihat ramai individu bujang sekitar usia 30 tahun yang sudah mempunyai kehidupan stabil namun masih belum bertemu jodoh. Puncanya adalah kesibukan kerja dan ‘circle’ yang ada membataskan untuk bertemu calon yang sesuai. Tambahan pula, pada ketika itu platform cari jodoh terlalu kurang dan tidaklah mendapat perhatian seperti sekarang.

Sehingga kini, kami berkembang dengan 12 orang kakitangan yang menguruskan portal ini termasuklah dari bahagian pentadbiran, pemasaran dan pengurusan teknikal.

Kami menerima hampir ratusan calon baru setiap hari menjadikan jumlah peserta berdaftar mencecah 6 angka.

Pelbagai usaha pemasaran yang telah kami lakukan untuk memastikan TillJannah.my kekal relevan dan sentiasa menyediakan calon-calon baru yang berkualiti. Antara medium yang biasa kami gunakan untuk ‘menjemput’ calon baru adalah Facebook Ads, TikTok Ads, Paid Review dalam hampir semua platform dan kami juga ada menyediakan konten-konten bermanfaat di media sosial kami. Harapannya agar orang di luar sana dapat sesuatu yang berfaedah biarpun sudah tidak memenuhi syarat pencarian jodoh di portal.

TillJannah.my yang kelihatan popular dan viral sebagai Portal Cari Jodoh Muslim Malaysia seringkali mendapat perhatian media untuk ditemubual dan dijadikan ‘story’ mereka. Antara media yang telah mewawancarai kami termasuklah Malaysia Hari Ini TV3, Wanita Hari Ini TV3, Syariah Meja Bulat TV3, HyppTV, Radio Kool FM, Edisi 7 NTV7, Akhbar Harian Metro, Kosmo! , majalah UPPRE dan beberapa channel di bawah Facebook Page Siakap Keli.

Biarpun TillJannah.my sudah agak dikenali, namun pihak kami sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman yang indah buat penggunanya. Penambahbaikan sistem dibuat dari masa ke masa untuk memastikan kepuasan hati pengguna dicapai.

Kesyukuran buat kami apabila objektif asal penubuhan TillJannah.my sentiasa tercapai dengan penyatuan dua jiwa pengguna di sini. Setakat ini, data yang berjaya dikumpulkan menunjukkan lebih 3,000 individu telah berjaya bertemu pasangan masing-masing. Namun kami sangat yakin lebih ramai lagi sebenarnya yang bertemu pasangan cuma tidak memaklumkan kepada pihak kami.

Perancangan kami di masa akan datang agar dapat membantu individu bujang muslim di negara jiran kita Indonesia, Singapura dan Brunei. In sya Allah.

Doakan agar kami terus dapat membantu lebih ramai lagi dan kekal relevan sampai bila-bila.🥰

Terima kasih kerana sudi bersama kami hingga saat ini. Teruskan menyokong!

Hubungi kami di talian hotline TillJannah.my iaitu 011-5428 5480 (panggilan telefon pada waktu pejabat sahaja) atau whatsapp.

Jangan lupa follow kami di media sosial:


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh