Peringatan Penting

1.Anda perlu meletakkan keselamatan diri dan apa juga maklumat peribadi seperti alamat, nombor telefon, emel, media sosial di tahap yang paling tinggi. Pihak tidak bertanggungjawab boleh memanipulasi maklumat peribadi anda untuk kepentingan mereka. Sebarang pendedahan maklumat ini kepada calon lain adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.

2.LAPORKAN SEGERA jika ada calon yang menggunakan bahasa kesat, lucah, mencurigakan, mengajak anda untuk keluar berdua sahaja, mengajak untuk melakukan sesuatu yang tidak patuh syariat, melanggar undang-undang, menipu status perkahwinan, membuat hubungan secara sulit dan lain-lain tingkahlaku yang anda rasakan tidak beretika.

3.JANGAN sesekali berjumpa berdua sahajawalaupun di tempat terbuka apatah lagi di tempat tertutup seperti di dalam kereta atau di tempat yang kurang orang ramai.

4.JANGAN sesekali buat sebarang transaksi kewangan atau memberikan wang kepada calon lain walau apa juga sebab dan alasan yang diberikan. Pastikan anda bertindak secara rasional dan tidak mengikut emosi pada setiap masa. Jika anda ragu-ragu atau tidak pasti, rujuk ahli keluarga terdekat untuk mendapatkan nasihat.

5.JANGAN mudah "cair" dan "jatuh hati" dengan kata-kata mana-mana calon. Keikhlasan seseorang amat sukar dinilai hanya melalui kata-kata. Buat penilaian yang menyeluruh dari awal seperti rancang perjumpaan keluarga untuk menyelidik lebih lanjut calon yang terpilih. Jika calon tersebut keberatan untuk membuat pertemuan keluarga, cuba selidiki kenapa kerana mungkin ada sesuatu yang ingin disembunyikan. Jangan beri atau letakkan apa-apa harapan selagi pertemuan keluarga tidak berlaku kerana ditakuti ada calon yang sekadar ingin bermain-main dan memberikan harapan palsu.

6.Kami tidak menyemak secara terperinci setiap maklumat yang diberikan oleh para pengguna di portal ini. Jika anda mengetahui sebarang penipuan dan salah laku, segera maklumkan kepada kami.

7.SEGERA buat laporan polis sekiranya anda diancam, ditipu, diugut dan lain-lain ancaman yang lain. Pihak kami turut akan membantu memberikan kerjasama bagi membantu siasatan oleh pihak polis.

8.Usah terburu-buru dalam mencari jodoh. Pastikan anda telah memilih calon yang sesuai dan diyakini. Lakukan solat istikharah dan banyakkan berdoa. InsyaAllah anda akan bertemu jodoh yang baik.

9.Untuk hubungi kami, emel salam@tilljannah.my atau telefon/sms/WhatsApp ke 016-2759 271 (waktu pejabat sahaja).

10.Untuk panduan lebih lengkap, teruskan membaca Panduan Pematuhan Syariat di bawah ini.

Kami menyenaraikan panduan di atas dan di bawah ini hanyalah sebagai langkah-langkah pencegahan. Kami yakin bahawa pengguna portal ini terdiri daripada muslim yang berakhlak dan ikhlas berusaha untuk mencari jodoh yang sesuai untuk membina rumah tangga yang bahagia hingga ke jannah.

👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh